https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Saturday, 12 September 2015

Bacalah! "Saya sangat terpesona dan kagum dengan bapa muda ini"


Almost setiap awal pagi, saya mesti nampak bapa muda ini, di apit oleh 2 anak lelaki kecilnya, bersolat suboh di Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam...

Saya sangat terpesona, betapa seorang abah, yang masih muda, berupaya dan berusaha, bangun sangat awal pagi, setiap hari, dan menjadikan solat suboh di masjid, amalan rutinnya..

Dan saya tambah kagum, bagaimana dia berupaya, membangunkan dan membawa, dua anak lelaki yang masih kecil, yang sepatutnya sedang enak lena, untuk ikut bersolat bersamanya..

Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mendidik, kedua-dua mereka, akan duduk baik-baik, di kiri dan kanan beliau, setiap masa, tanpa pernah bertukar gaya, atau berlari ke sini sana..

Dan kata Mr Hubby yang juga sering memerhati, setiap kali se usai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yg Maha Esa, berdoa, panjang sekali..

Dan anak-anaknya, tetap duduk baik-baik, di sebelahnya, menanti..

Dan yang paling saya suka, melihat mereka berdua si kecil comel, bersongkok dan berkupiah, setiap kali, tanpa lupa..

MasyaAllah, andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya, mendidik anak mngenal rumah Allah, sedari masa rebung mereka..

Untuk brother yang belum saya kenali, saya meminati anda suami isteri & anak-anak dari jauh.

Dalam hati, saya menyimpan hasrat untuk berkenal mesra & bersahabat, kerana saya percaya, banyak yang saya boleh belajar dari saudara..

Semoga Allah merahmati kehidupanmu sekeluarga..


sumber asal


#1MDB: Umie Aida sanggup berpisah dengan suami


Atas nama kebenaran, aktres Datin Seri Umie Aida sanggup berpisah dengan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan jika suaminya itu belot dalam perjuangan berhubung isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jelas Khairuddin yang juga bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan, isterinya itu bertindak demikian bagi memastikan beliau tidak tunduk atau ‘termakan’ pelbagai habuan yang ditawarkan supaya menarik balik laporan yang dibuatnya sejak tahun lalu.

“Umie pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin dia akan tinggalkan saya.

“Selama saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai dan andai kata dia dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan saya,” kata Khairuddin mengulangi kata-kata pelakon itu ketika ditemui di kediamannya pada Khamis malam.

Khairuddin mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis pada Disember tahun lalu terhadap 1MDB, diikuti laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan terkini bertindak melaporkan isu sama ke luar negara termasuk Switzerland, Perancis, Hong Kong dan Singapura.

 Bagaimanapun menurut Khairuddin, beliau bersyukur dan kagum dengan ketabahan isterinya itu walaupun keluarga mereka dihimpit pelbagai tekanan termasuk diisytiharkan muflis dan rumah yang didiami mereka melalui cubaan untuk dilelong.

“Kesetiaan dan pendirian dia amat saya kagum dan tak sangka dia sekuat itu dalam hadapi dugaan kami pada masa ini walaupun dia memang tak sukakan politik.

“Dia cukup tabah. Sebagai orang seni mulanya saya takut keadaan ini jadi culture shockkepada dia, tapi rupa-rupanya dia lebih kuat daripada saya,” katanya yang kesal kerana isterinya turut diheret dalam kancah ini apabila akaun banknya turut dibekukan baru-baru ini.

Khairuddin juga menghargai pengorbanan isterinya yang bersusah dengannya dengan menjual tudung dan pelbagai produk lain sebagai sumber kewangan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

“Siang malam bertungkus lumus dan tetap teguh bersama saya,” katanya, lapor mStar Online.



sumber asal


Dah Kenapa? 'I Don't Talk To Stranger, Especially Malay'


Beberapa hari lepas, suami saya berdepan dengan satu insiden yang sangat mencabar dan menduga kesabarannya.

Ceritanya begini:

Encik Suami baru saja balik dari kerja. Apabila pintu lif terbuka, suami masuk ke dalam lif. Tiba-tiba nampak sebuah keluarga yang berlainan bangsa sedang menuju ke lif. Dia pun menghalang pintu daripada tertutup. Dan keluarga itu masuk tanpa mengucapkan terima kasih.

Sebuah lagi pasangan yang lain juga berlainan bangsa masuk dan senyum sambil mengangguk pada suami.

Pasangan pertama bersama anak mereka berpakaian 'Ballet', berusia sekitar 4 atau 5 tahun. Suami senyum dan melihat anak kecil tersebut dan lantas menegur.

"Hi, just came back from Ballet?"

Anak kecil tersebut menjawab, "I don't talk to stranger especially Malay,"

Suami saya terperanjat dan memandang bapa kanak-kanak tersebut. Bapanya hanya memandang siling lif dan mendiamkan diri.

Suami saya terus bertanya kepada kanak-kanak tersebut.

"Why Malay?"

"Malay all stupid," jawabnya.

Wow!! Suami menoleh kepada bapa kanak-kanak itu dan mengharapkan ucapan kata maaf atau apa-apa saja alasan dari lelaki itu. Namun dia terus mendiamkan diri dan hanya memandang siling dan dinding.

Akhirnya, suami saya tak tahan dan terus berkata, "Nevermind kid, because Malay all stupid, you are allowed to stay at Malaysia but don't worry. New Malay generation they are very clever. They might sent you back to your origin country,".

Saya sendiri tidak setuju dengan kata-kata itu tetapi suami tiada pilihan kerana kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut terus membisu.

Akhirnya, ibu kanak-kanak terbabit bersuara dengan nada yang marah.

"You shoudn't say like that to my daughter!"

"At the first place, you should stop your daughter from saying that!" balas suami.

Saya tidak berhajat untuk mewujudkan rasa kurang senang terhadap berlainan bangsa. Apa yang saya ingin tekankan, sama ada suka atau tidak, Malaysia dihuni oleh pelbagai bangsa. Semua rakyat Malaysia.

Untuk itu, adalah perlu kita mewujudkan rasa hormat menghormati an sifat toleransi. Sifat tersebut perlu dididik dari awal.

Cuba bayangkan seandainya setiap dari anak-anak kita dididik dengan sifat perkauman dan hanya suka pada bangsa sendiri. Apa yang akan terjadi kelak? Huru hara negara. Tiada siapa yang akan menang. Yang pasti, generasi kelak akan lebih sengsara dan hidup dalam ketakutan.

Saya setuju dengan cakap suami, "dengan mengajar anak-anak begitu, kita hanya meletakkan mereka di dalam situasi yang merbahayakan mereka sendiri. Bayangkan jika mereka berjumpa dengan orang lain dan bercakap perkara yang sama, berkemungkinan besar akan berlaku pergaduhan, kecederaan dan mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa.

Pada ketika itu, siapa yang kita mahu persalahkan? Kita hanya ingin hidup aman dan gembira. Alangkah indahnya seandainya kita didik anak-anak kita menghormati dan menghayati budaya setiap kaum yang ada.

Kita sebenarnya sangat beruntung kerana kita tidak perlu ke luar negara untuk belajar budaya orang. Semuanya ada di Malaysia. Seandainya kita belajar menghayati, pasti kita akan nampak keindahan itu. - Samsiah.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


Lelaki Cina - "Bukan Saya Langgar Dia,Saya Tolong Call 999 Saja"


Susulan kes seorang lelaki Cina dibelasah sekumpulan besar lelaki Melayu di hadapan restoran Cina di Assam Jawa, kerana dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal wanita sehingga maut, tampil seorang individu mendedahkan cerita sebenar.

Menurut beliau, kejadian itu sebenarnya tiada kaitan dengan lelaki terbabit. Sebaliknya orang ramai telah tersalah anggap dan menjadikan perkara yang tidak benar tersebar di laman sosial sehingga memberikan tanggapan yang buruk terhadap lelaki berkenaan.

"Berita itu tidak betul. Cerita sebenarnya, penunggang motosikal itu terbabas sendiri lalu melanggar tembok longkang. Akibat dari kemalangan itu, tengkuk mangsa patah.

"Lelaki Cina itu dalam perjalanan ke restoran yang ingin dikunjungi, namun kebetulan melihat kejadian itu lalu memberhentikan keretanya.

"Dia menjenguk keadaan mangsa yang terjatuh di dalam longkang dan  terus menghubungi talian kecemasan 999.

"Menurut siasatan pihak polis, mangsa dipercayai mengantuk kerana jarak perjalanan yang jauh dari Shah Alam ke Kuala Selangor setelah habis kerja dan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.

"Siasatan di tempat kejadian juga menunjukkan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan mangsa dilanggar. Sebaliknya motosikal mangsa terlanggar tembok longkang itu sendiri.

"Siasatan juga mendapati, lelaki itu tiada kaitan dengan kemalangan tersebut," katanya.

Menjelaskan gambar-gambar kereta milik lelaki itu yang tersebar kononnya bukti pelanggaran, ini penjelasannya.

"Dalam kejadian awal di hadapan restoran berkenaan, apa yang berlaku ialah beberapa pelanggan Cina yang lain tidak berpuas hati mengapa sekumpulan lelaki Melayu datang mengamuk di restoran terbabit. Sedangkan lelaki Cina yang disyaki menjadi punca kemalangan itu sebenarnya langsung tiada kaitan dengan kemalangan tersebut.

"Disebabkan itu, berlaku pergaduhan di antara mereka. Kereta lelaki itu juga turut dirosakkan oleh sekumpulan lelaki Melayu berkenaan," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM


Friday, 11 September 2015

EDISI KANTOI.. RAHSIA TERBONGKAR ORANG YANG SAMA? Kes vape RM17k dan helmet RM47k. Jom baca kisah sebenar dia. Hurm, patutlahkan?




Image via Facebook Pakcik Kau
Pakcik Kau bersama isteri dan anak lelakinya


Sejak beberapa hari lepas, kecoh satu isu dimana seorang lelaki dikatakan membeli vape pada harga yang melampau iaitu RM17,000. Bila fikir balik, memang agak tak masuk akal sebab mahal gila!



Image via Instagram @unicornasiavapegarage

Vape limited edition itu dibeli dalam satu lelongan yang diadakan di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 6 September 2015. Lokasi bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Kalau tak silap, bidaan vape tersebut bermula pada harga RM1,800, dan kemudian melonjak naik sehingga RM17,000. Wow!

Selepas menjadi viral, Facebook Amran Fans mengutuk perbuatan tersebut serta mengesyaki bahawa lelaki terbabit mesti ada cabledan merupakan crony kepada pembida lelongan itu, dan semuanya dilakukan semata-mata nak pikat awek


Image via Facebook Amran Fans


Namun begitu, dakwaan Amran Fans segera dinafikan oleh@unicornasiavapegarage di Instagram. Mereka semua tidak pernah kenal antara satu sama lain pun sebelum ini.

Image via Instagram @unicornasiavapegarage


Bila isu dah semakin hangat dan semakin mendapat liputan, muncul jugalah lambakan komen yang turut sama mencemuh keputusan lelaki tersebut membeli vape sehingga RM17,000

Image via Facebook Sukan Star TV


Lepas isu beli vape RM17k dah reda sikit, tiba-tiba ada pula lagi satu isu beli barang dengan harga mahal. Kali ini, beli helmet pula dengan harga RM47,000. Lagi dahsyat!
Tapi ada orang perasan, individu yang terlibat dalam kedua-dua pembelian/jualan ini adalah orang yang sama. Betul ke?

Image via Instagram @unicornasiavapegarage


Rupa-rupanya memang betul pun. Lelaki itu yang dikenali dengan nama Pakcik Kau di FB kali ini berjaya menjual sebuah helmet 'J-Force II Jack Red' kepada seorang pelanggan dengan harga RM47,000.


Image via Facebook Pakcik Kau


Image via Facebook Pakcik Kau Orang yang sama. 6 September, beli vape 17k. 8 September, jual helmet 47k. Untung dua hari? 30k!


Betul ke harga helmet tu mahal sampai lebih RM40k?
Kami buat sedikit research dan menemui senarai harga topi keledar tahun 2014 yang kami sendiri tak sangka.

Image via www.facebook.comHarga helmet tu memang mahal sebenarnya. Dan dalam senarai ni harga 2nd hand.


Tapi nak buat macam mana, mesti akan ada orang kutuk. Ada yang kata duit tu lebih baik kalau buat derma anak yatim, buat pergi Umrah atau Haji, belanja mak ayah, buat beli rumah, dan macam-macam lagi.

Image via Facebook Harian Metro


Dalam pada ramai yang mengutuk, sebenarnya lebih ramai yangbackup. Bila fikir-fikir balik ada betul juga, kenapa tak ada orang bising bila orang beli beg tangan atau jam sampai harga puluh ribu? Tapi bila beli helmet ramai pula yang melenting.

Image via Facebook Harian Metro


Mungkin juga lelaki itu atau Pakcik Kau sengaja jadikan dirinya viral dan popular. Sebab bila dah famous, orang akan nak ambil tahu siapa dia. Dengan cara ni, lagi senang dia nak meniaga dan lariskan produk jualannya.

Image via Facebook Sukan Star TV


Jadi, adakah "strategi" itu membuahkan hasil?
Yup! Perniagaan Pakcik Kau semakin maju selepas namanya menjadi bualan orang ramai. Memang menjadi!

Image via Facebook Vapor Malaysia Open Group


Ada juga yang cakap, Pakcik Kau ni sebenarnya bukan calang-calang orang. Dia ada satu kereta Audi, satu moto Ducati Panigale, dan merupakan seorang family man.
Betul ke?

Image via Facebook Sukan Star TV


Memang betul. Dia mendirikan rumah tangga pada Mei 2014 dan telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki. Dia juga memiliki sebuah kereta Audi dan satu moto Ducati Panigale.
.

Image via Facebook Pakcik KauKereta Audi dan moto Ducati Panigale miliknya.
Image via Facebook Pakcik KauPakcik Kau mendirikan rumah tangga pada Mei 2014.


Apa yang kami tahu, Pakcik Kau sekarang meniaga jual helmet dan juga perisa vape. Mungkin dia ada perniagaan lain yang kita tak tahu.
Senang cerita, kalau dia mampu generate RM30k dalam masa dua hari, tak mustahil kalau dia mampu jana lebih lagi setelah bertahun-tahun meniaga.

Image via Facebook Pakcik KauPakcik Kau (kanan) bergambar bersama pengarah popular, Ahmad Idham.

Image via Facebook Pakcik Kau


Apa-apa pun, baik buruk amalan seseorang tu usahlah dipertikai. Kita sendiri tak kenal siapa dia, macam mana amalan dia, macam mana hubungan dia dengan Tuhan, siapa dia bersama keluarga dia, dan lain-lain. Jadi lebih elok kalau kita senyap dan tak payah komen.

Image via Facebook Pakcik Kau


Akhir kata, semoga terus sukses Pakcik Kau atau nama sebenar,Hazwan ;) #kipidap



SUMBER ASAL


Kami Yakin Anda Juga Seperti Kami Pada Mulanya,Pasti Tidak Sangka Dan Percaya Sungai Sejernih Ini Sebenarnya Ada Di Malaysia! (10 GAMBAR)


Bukan nak cakap korang je, kami pun sama. Beberapa hari yang lalu kami telah mengikuti beberapa buah page berkaitan tempat-tempat menarik sekitar Malaysia dan hasilnya sungguh memeranjatkan.

Kami ternampak satu post mengenai sebuah sungai yang betul-betul buat hati ini mahu ke sana segera! Namun tempat ini bukan orang sembarangan yang boleh sampai. Hanya yang berhati kental sahaja!


Sungai Bangang ini sememangnya cukup terkenal dalam kalangan pendaki namun tidak ramai yang sampai ke sini memandangkan lokasinya yang sangat jauh dan tinggi.

Menurut mereka yang pernah sampai ke sini, perjalanan sekurang-kurangnya sehari diperlukan dan bergantung juga kepada stamina. Dan perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir sebab kebiasaannya sampai sini dah lewat petang, maghrib.

Namun Sungai Bangang merupakan kawasan persinggahan pendaki ketika turun dan pulang dari Lata Lansir. Tapi memang terbaik Sungai Bangang ni, jernih sungguh!

Dekat mana? CBL Terengganu


Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir.

Untuk sampai ke Sungai Bangan ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.

Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hutan Lipur Chemerong dan seterusnya ke Puncak Chemerong, Puncak Berembun dan akhirnya akan bermalam di Puncak Air Terjun Langsir sebelum kembali semula ke lokasi permulaan.

Macam mana nak sampai sini?


Untuk beginner, korang boleh join mana-mana group hiking di Facebook memandangkan mereka sangat aktif. Tak tahu group mana? Jangan risau sebab kami dah kumpulkan 16 ‘outdoor group’ yang anda boleh sertai untuk pelbagai aktiviti lasak dan ekstrem.




sumber asal


5 Gambar Terbaru Adik Yaya Mangsa Dera Ibu Tiri Dan Bapa Kandung Sehingga Patah 13 Tulang Selepas 2 Bulan...

$%Kisah adik Yaya yang menjadi mangsa kekejaman ibu tiri durjana dua bulan lalu harus diambil iktibar oleh setiap pasangan jangan lah sudah ada kehidupan baru anak pula di abaikan, ini lah nasib yang menimpa adik Yaya setelah bapa nya berpisah dengan ibu nya dan berkahwin lain.


Ibu tiri yang pada awal nya penyayang telah menjadi kan diri ada Yaya diselubungi sejarah hitam yang mana adik Yaya di dera tanpa belas kesihan oleh ibu tirinya.


Tiada apa yang diharapkan buat kanak-kanak berusia lima tahun yang menjadi mangsa dera hingga patah 13 tulang, selain disatukan dengan ibu kandungnya, Sanaa Ab Malek .

Adik Yaya Kini 
Ibu Kadung Yaya 
Ibu Tiri Durjana 
Apa yang lebih mengembirakan, kanak-kanak malang Nur Zuliana Zaa’ra yang lebih dikenali sebagai adik Yaya bakal menyambut Aidilfitri bersama ibunya apabila dibenarkan pulang ke rumah selepas  lebih dua minggu dirawat di  Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Ini berikutan hak penjagaannya kini diserahkan kepada Sanaa.

Perintah itu diperolehi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan daripada Mahkamah Majistret Pasir Mas agar hak penjagaan sementara diserahkan kepada ibu kandungnya.

Pengarah JKM Kelantan, Mohamad Hanafi Maulud berkata perintah itu dibuat mengikut Seksyen 25 (2) (b) Akta Kanak-Kanak 2001 di mana mahkamah boleh mengarahkan supaya kanak-kanak yang di dera diletakkan dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai.

Kini hidup Yaya kembali tenang dan ceria bersama ibu nya setelah dua bulan peristiwa hitam dalam hidup nya dan semoga adik Yaya terus menjadi anak yang baik dan berjaya dunia dan akhirat.

Jelasnya, dalam kes adik Yaya, ibu kandung merupakan individu paling layak menjaganya.




sumber asal