https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Saturday 12 September 2015

Filled Under:

Bacalah! "Saya sangat terpesona dan kagum dengan bapa muda ini"


Almost setiap awal pagi, saya mesti nampak bapa muda ini, di apit oleh 2 anak lelaki kecilnya, bersolat suboh di Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam...

Saya sangat terpesona, betapa seorang abah, yang masih muda, berupaya dan berusaha, bangun sangat awal pagi, setiap hari, dan menjadikan solat suboh di masjid, amalan rutinnya..

Dan saya tambah kagum, bagaimana dia berupaya, membangunkan dan membawa, dua anak lelaki yang masih kecil, yang sepatutnya sedang enak lena, untuk ikut bersolat bersamanya..

Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mendidik, kedua-dua mereka, akan duduk baik-baik, di kiri dan kanan beliau, setiap masa, tanpa pernah bertukar gaya, atau berlari ke sini sana..

Dan kata Mr Hubby yang juga sering memerhati, setiap kali se usai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yg Maha Esa, berdoa, panjang sekali..

Dan anak-anaknya, tetap duduk baik-baik, di sebelahnya, menanti..

Dan yang paling saya suka, melihat mereka berdua si kecil comel, bersongkok dan berkupiah, setiap kali, tanpa lupa..

MasyaAllah, andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya, mendidik anak mngenal rumah Allah, sedari masa rebung mereka..

Untuk brother yang belum saya kenali, saya meminati anda suami isteri & anak-anak dari jauh.

Dalam hati, saya menyimpan hasrat untuk berkenal mesra & bersahabat, kerana saya percaya, banyak yang saya boleh belajar dari saudara..

Semoga Allah merahmati kehidupanmu sekeluarga..


sumber asal




0 comments:

Post a Comment