https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Thursday 9 July 2015

PANAS!! Video Lakonan Gairah Ayda Dan Zul ariffin Diatas Katil Kena Kecam


Sejak peluncuran drama bersiri rindu awak 200 peratus di bawakan oleh pelakon zul ariffin dan ayda jebat,gandingan yang cukup mantap sehingga nama kedua artis itu menjadi petikan buah mulut ramai peminat.

Sekali lagi gandengan itu dipertemukan dalam drama MAID yang di siarkan sepanjang bulan ramadhan ini namun drama itu mendapat cacat apabila peminat dan juga penonton sudah mulai meluat dengan aksi aksi yang terlalu mesra zul dan ayda menerusi drama yang di arah oleh Michael Ang itu.




Semua orang faham menjayakan sebuah filem perlu berlakon dengan sungguh sungguh agar filem itu nampak nyata tapi kalau sudah tahap macam dalam video yang sudah pun menjadi viral di media sosial memang agak mengacam jugaklah. silap silap ada mandi wajib tengah malam di buatnya.puih sial lah.

terkini Lembaga Penapisan Filem (LPF) telahmengeluarkan uidelines kepada stesen televisyen agar tidak lagi membenarkan mana-mana produksi filem daripada menyiarkan babak-babak romantis seperti berpeluk dan cium dahi.


sumber asal


Berani Tengok?? Video Ngeri Apabila Bangkai Tikus Ditarik Keluar Dari Pusat Seorang Lelaki


$video yang menunjukkan bangkai seekor tikus yang telah ditarik keluar daripada pusat seorang lelaki telah mendapat perhatian dan viral di kalangan pengguna media sosial.

Video yang dimuat naik di Youtube itu kini sudah mencecah lebih 300 ribu tontonan sejak awal Julai lalu.

Rata-rata menyatakan video tersebut adalah palsu dan ada pula yang mendakwa bahawa lelaki yang terbaring itu sedang dirasuk.

Sumber juga tidak dapat mengenal pasti tempat asal video ini dirakam dan ada yang menyatakan ia berlaku di Brazil.

Betul atau tidak terpulang kepada individu masing-masing untuk percaya tetapi apa yang pasti video yang dirakam ini sangat mengerikan! – MYNEWSHUB




KEJAM!! (3 GAMBAR) Gadis Diperkosa Beramai-ramai Selepas Itu Dicampak Dalam Lubang Longkang Di Penampang?



$Kejadian dikatakan berlaku berhampiran Resturant Dowis di Penampang Sabah.

Namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis. Sesiapa yang ada info tentang kejadian ini sila laporkan di balai polis berdekatan.



sumber asal


KANTOI!! Setelah Sekian Lama Berdiam Diri..Akhirnya Jutawan Wanita Ini Dedah Rahsia Bagaimana Dia Dapat RM20 Juta Dalam Masa Setahun!!


$%Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan sentiasa diingatkan rezeki setinggi mana bukanlah hak kita.. kita hanya menumpang rezeki Allah..maka gunakanlah sebaiknya dan kongsilah walau secebis ilmu yg kita baca atau dengari atau pelajari atau lalui agar org paham bahawa x susah utk senang dan begitu senang utk susah. (Semoga kakfel terhindar dari riak)

Jika status ini membawa kebaikan, kakfel izinkan anda share sebaiknya.

Salah satu adalah melalui sedekah- sebab semalam ada kisah mahu minta sedekah kakfel update tapi dh delete taknak malukan yg pm akk walaupun xda pon nama dia kat situ 😂 rasa bersalah juga.

Kenapa ramai orang cakap sedekah itu membawa beribu ganjaran?
Kakfel sendiri dulu bersedekah tapi tak fahami konsep, sedekah selain melalui keikhlasan perlu juga ada keyakinan yg kuat bhw wang kita sedang dilaburkan kepada benda yg lebih baik.

Ramai org rasa kena kaya baru sedekah atau ayat cliche “aku pun cukup2 makan macamna nak sedekah”

Itu kesilapan! Student yg pernah belajar dgn kami selalu diberitahu bahawa kita nak minta apa2 kat Allah kita beri dulu- takda banyak beri sikit.

Contoh kami pernah buat ialah :
1) sebelum memulakan sesuatu plan, mesti kita risau akan risiko, jadi walau kami tak tahu jalan kami pilih tu berjaya atau tak.. kami mula kan dengan kenduri dulu. Apa2 jenis kenduri sama ada kenduri besar atau sekadar beli pisang goreng SEDEKAH ke jiran.

2) Kadang kakfel mmg akan selamber ja ambik semua duit sales butik dan SEDEKAH KAN secara mengejut tanpa dirancang. Fikir yg duit itu kakfel labur utk saham yg lebih besar.
Biarlah sales hari tu mencapai puluhan ribu.. ambik ja semua taknak pikir untung rugi, terus SEDEKAH .

3)Pergi kedai dan jangan ambik baki,kadang2 baki tu mungkin hanya 20sen tapi mungkin kerana ikhlas SEDEKAH baki berganda menjadi rm20ribu

4)Nampak peminta sedekah selalu terdetik yg ini sindiket- kakfel selalunya akan usha dan kaji, tapi kalau peminta SEDEKAH tu menjual sesuatu, kakfel akan beli banyak2 dan balik tu fikirlah nak bagi sapa barang2 tu.

5)Selalu bayar lebih utk sesuatu perkhidmatan, contohnya ada org dtg cuci laman rumah, selalu org bayar cuma rm30 tapi kakfel mayb akan bagi lebih tanda SEDEKAH .

6) Bantu orang tanpa minta apa apa bayaran. Contoh kakfel selalu buat, orang minta review ig n fb depa tanya harga kakfel cakap xmau, samada nak swap review atau kakfel upload free ja.. itu jugak SEDEKAH

7) Kadang2 tengok kawan2 jual apa apa dan rasa macam nak beli tapi tak tau nak guna buat apa barang tu maka,SEDEKAH dengan cara share status mereka kat wall kita mana tahu ada kawan2 kita nak beli barang mereka.Atau biarkan ja kawan2 nak tag bisnes walau bisnes yg smaa.. anggap ja kita SEDEKAH ruang rumah kita utk mereka (ini selalu sgt2 buat)

8)SEDEKAH doa utk mereka yg menyakiti kita; kakfel pon nampak ja kental kdg2 makan hati gak ngan beberapa org yg selalu pertikai keikhlasan kakfel,penghijrahan kakfel dan apa dakwah kecil kakfel,nak lawan cakap n explain rasa macam dh xlarat..so kakfel doa ja banyak2.

Kakfel tak tahu nak buktikan macamna yg konsep ni semua mempengaruhi perjalanan hidup kakfel,yg pasti Allah permudah dalam banyak perkara. Rezeki diringankan dan menjadi cepat masuk dan berganda..semua yg kakfel plan menjadi dan paling utama kurang masalah terjadi…

Dari buat produk kecantikan felinna beauty kepada produk kesihatan ke bidang tekstil felinna dan raffel hingga ke bidang makanan kanak2 caliph sunnah supplement.. Siapa yg follow kakfel mesti perasan rezeki seakan dipermudahkan,kakfel percaya bukan sbb kakfel hebat , tapi sebab Allah tahu kakfel n suami yakin dengan DIA maka DIA bagi kmi tanggungjawab besar atas kejayaan hari ni.

Sedekah itu luas skop dia . Jadi kreatif dan yang penting .. pagi ni kakfel mulakan dengan sedekah ilmu! So uolls pon jom share ilmu bersama..agar semua usahawan ingat..nak kaya n berjaya bukan dengan marketing strategy semata.. ‪#‎projekpikathatiAllah‬ juga kena hadam n buat!

Tapi ingat yang utama niat sedekah ikhlas kerana Allah.

Manusia xboleh baca hati kita.. tapi Allah tahu-

NANTI KAKFEL EXPLAIN JUGA, Sedekah juga perlu kena pada tempatnya.. silap bagi jatuh HARAM dan kita tanggung dosa,ada yg wajib dan ada yg tidak. Jadi kita kena belajar sebelum berkata atau beri komen. Pahami konsep sebenar sedekah. Sebab dalam islam sendiri tak galakkan penipuan atau syubhah utk perkara yg kita tahu tak elok. KREDIT OHBULAN.


APA NAK JADI??Awek Bertudung Bangga Tayang Lidah Bertindik



$%Muka dah cantik dah, siap bertudung litup lagi sejuk je mata memandang. Tapi sayangnya tonjolkan kebodohan diri sendiri. Tindik lidah lepas tu selfie tunjuk kat orang kata diri tu hebat boleh tidik lidah. Eshhhh annoying gila.

Buat malu kaum hawa jela, lepas tu nanti tudung pulak yang dipersalahkan Ntah apa la yang seronok sangat boleh tindik lidah agaknya yer? Sedangkan lembu pun kalau boleh dia tanak tebuk dia punya hidung tapi manusia lain pulak jadinya.

Kalau boleh tu atas bawah nak tindik, best agaknya noh. Sakit owwww tindik lidah, sementara nak sembuh nak makan apa pun susah. Seksa sangat sebab sakit tak boleh kunyah. Lebih pada sakit orang pakai braces.. Makan bubur je lepas tu.

Ada yang sampai bengkak habis mulut seminggu sampai susah nak cakap dengan orang. Sanggup berlapar sebab nak tunjuk hebat punya pasal. Haishhhh gila betoi dorang ni.



sumber asal


Jawapan Pedas Dari Emma Maembong Selepas Dituduh Peminat Bertudung Sebab Nak Pikat Lelaki?


#$%
Pelakon putih gebu Emma Maembong tidak pernah terlepas dari dihimpit kontroversi. Kalau sebelum ini kerana aurat, kini Emma Maembong dituduh pula bertudung gara-gara ingin pikat lelaki. Disebabkan komen tersebut, Emma Maembong telah membidas kata-kata tersebut dengan komen yang cukup mengejutkan.
Yang si peminat pula, jangan sesuka hati mengutuk dan mengkritik artis pujaan anda nanti buruk padahnya, kan tak pasal-pasal follower semakin bertambah.
Foto yang dikongsikan Emma Maembong di laman sosial instagram miliknya mendapat kritikan dan kata positif dari peminatnya. Namun muncul pula komen tuduhan seorang wanita yang melampau dan mendapat perhatian Emma Maembong.
Inilah jawapan balas Emma Maembong yang paling pedas!. Bertudung sememangnya dituntut dalam islam, jadi kenapa perlu wujud komen tersebut. Apa pun, Emma Membong berhijab pun dah syukur alhamdulillah, sekurangnya lebih menutup aurat dan bertambahnya sayang Allah kepada hamba ini.





Tahniah!! (3 Gambar) Salih Yaacob Timang Cahaya Mata Yang Ke-13


#$Pelakon, pelawak dan juga penyampai radio, Salih Yaacob, 54, telah selamat menimang cahaya mata yang ke-13 hari ini hasil perkongsian hidup bersama isterinya yang ke-4 iaitu Samihah Sheikh Amy, 29.

Salih telah dikurniakan bayi perempuan yang merupakan anak pertama buat Samihah dan telah dilahirkan secara kaedah Caesarean Section di salah sebuah hospital di ibu negara selain turut bersyukur dengan kedatangan orang baru dalam keluarga besarnya.


Menurut Salleh Yaacob, bayi perempuannya ini ingin diberi nama Ellis Daina binti Mohd Salih namun masih belum diputuskan lagi sama ada mahu menggunakan nama ini atau pun tidak.




sumber asal


Wednesday 8 July 2015

BONGKAR!! " PATUTLAH ANAK DIORANG TAK MENANGIS MERAUNG2 BILA KENA MARAH.."


$%Perkongsian menarik dari seorang pelajar Malaysia, Mimi Ida Mdj di bumi Czech. Ini mungkin boleh membantu anda mengatasi anak-anak yang suka menjerit, berguling-guling apabila ditegur atau tidak mendapat barang yang diingini.

Baca perkongsian menarik dari beliau di bawah:

Anak anda suka menjerit?

Di sini saya mahu kongsikan sedikit pengalaman saya dari Czech.

Sepanjang saya menetap di Prague, ini satu perkara yang saya perasan. Anak-anak atau bayi di sini tidak pernah cakap atau menangis menjerit-jerit.

Saya terfikir, "eh? takkan baik sangat bayi kat sini? Menangis menjerit itu pun ada kaitan dengan genetik mat salleh ke?". 

Sebab jika di Malaysia, saya selalu dengar budak-budak menangis berguling-guling ketika berada di mall terutamanya di bahagian barangan mainan kanak-kanak. (Hahaha!) Saya ada tiga anak saudara, sebab itulah.

Suatu hari ketika berada di dalam bas, saya terdengar seorang anak ini berbisik-bisik di telinga ibunya. Selepas itu ibunya membalasnya dengan cara yang sama.  Lama juga mereka berbisik-bisik. 

Saya pun cuba memasang telinga sebab saya rasa budak itu comel sangat. 

Setelah mendengar apa yang dibisikkan itu, barulah saya faham bahawa ibu dia sedang marah anak dia tetapi dalam cara berbisik. Mata budak itu berkaca sambil berbisik semula kepada ibunya kerana dia tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan.

Akhirnya, si kecil itu faham dan tunduk. Umurnya mungkin dalam lingkungan 5 tahun.

Di dalam hati saya berkata, "patutlah tidak pernah dengar anak orang di sini menangis meraung-raung. Marah pun berbisik-bisik sahaja,". 

Kalau anak dia jauh, dia panggil suruh datang dekat, lepas itu tegur di telinga anak itu dengan pelahan.

Jadi, saya membuat kesimpulan bahawa, apabila ibu bapa tidak menjerit memarahi anak-anak, anak-anak itu tadi tidak perlu menjerit untuk melawan suara ibu bapanya jika tidak berpuas hati dengan teguran yang disampaikan.

Tetapi saya faham di Malaysia agak panas. Belum sempat untuk tegur, hati sudah membara terbakar dulu. Hihihi!

Kredit - Thehypemedia via Mimi Ida Mdj


Puteri UMNO - Penutupan Facebook: 'Semua bergantung kepada diri sendiri'


Semua pihak harus mengawal diri sendiri dan tidak terlampau terdedah selain mudah percaya dengan pelbagai fakta serta maklumat tidak sahih di dalam media sosial.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, walaupun diakui penggunaan media sosial sebagai medium penyampaian maklumat pantas, ia harus dibatasi dengan kewarasan akal fikiran semasa menerima input daripadanya.

"Kita akui penggunaan Facebook di kalangan rakyat negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia.

"Mudah percaya kepada semua berita di Facebook juga boleh mengancam keharmonian negara, kita harus sedar banyak pihak tidak bertanggungjawab menggunakan medium itu untuk menyebarkan propaganda jahat dan bermotif kepentingan peribadi," katanya kepada Astro AWANI di sini, Rabu.

Mas Ermieyati mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyatakan kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu.

Kata Ahmad Shabery, kementeriannya juga akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

Bagaimanapun kenyataan menteri itu dilaporkan pada tahun lepas.

Dalam pada itu kata Mas Ermieyati, Ahmad Shabery harus membentangkan hasil kajiannya yang terkini kepada umum mengenai penutupan Facebook.

"Kita akui ada beberapa negara yang tidak membenarkan Facebook namun di negara kita, kesannya harus dikaji agar adil dan memberi keputusan menang-menang kepada semua.

"Saya sendiri akui perlunya kemodenan teknologi serta telekomunikasi termasuk media sosial ini.

"Apa yang penting, semua bijak menggunakannya dan tidak menjadikan alat untuk membangkitkan krisis terutama melibatkan perkauman," ujarnya.

Dengan mengambil contoh amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendedahkan ada pihak mengugut mahu mengadakan demonstrasi besar sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan berundur di laman Twitter, Mas Ermieyati berkata, ia bukti jelas penyalahgunaan media sosial.

"Kenapa guna media sosial untuk berhimpun dan menimbulkan huru-hara? Risikonya besar kepada masyarakat lain.

"Ada juga kes sebelum ini yang menggunakan media sosial untuk menghina Agong serta pemimpin negara," jelasnya.

Mas Ermieyati turut memaklumkan, Puteri UMNO juga sedang membangunkan aplikasi interaktif yang memberi infomasi terkini aktiviti sayap parti itu.

"Kita sedang membangunkan aplikasi ini dan menjadi platform ahli-ahli Puteri UMNO berinteraksi, ia usaha yang merapatkan ahli selain hebahan aktiviti dengan cara pantas," katanya.-astro awani


Kisah Benar : Doktor Muda Mati Kemalangan Selepas Kerja Oncall Melebihi 24 Jam , Dan Ini Bukanlah Kes Yang Pertama



$%^Kisah ini diambil dari status Doktor Mahyuddin Mohamed.

Kami para doktor dan petugas kesihatan dikejutkan dgn berita kemalangan jalanraya yg menyebabkan kematian seorang pegawai Perubatan Bius dari Hospital Sungai Buloh petang semalam (8/7/2015). Mengikut siasatan awal jabatan beliau, beliau memandu pulang setelah Oncall hari sebelumnya. Dimaklumkan bahawa Oncall beliau agak sibuk dengan pelbagai kes kecemasan.

Kami bukan sahaja berkongsi kesedihan dgn keluarga arwah, namun dihati kami turut terpendam rasa geram dan marah dengan sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia sejak sekian lama.

Cubalah tanya kepada doktor-doktor di Malaysia ni, pernahkah mereka terlelap ketika memandu? Jawapannya sudah pasti, "Ya". Keluarga saya sendiri yg ada 8 orang doktor, semuanya pernah terlelap. Isteri saya pernah terbabas ke bahu jalan, 2 adik ipar saya terlelap dan tersondol kereta di depan ketika mereka beratur nak bayar tol & saya sendiri pernah melanggar divider ketika memandu. AlhamdulilLah kami masih bernyawa. Pakar yang dikejutkan beberapa kali oleh Pegawai Perubatan kerana konsultasi kes pun akan mengantuk akibat tidur terganggu, apatah lagi Pegawai Perubatan yang langsung tidak tidur pada malam harinya?

Tahun lepas sahaja, 2 orang Pegawai Perubatan saya di Temerloh terbabas, kedua-duanya postcall. Seorang di Karak ketika menghala ke KL manakala seorang lagi di Maran ketika beliau hendak ke Kuantan. Kereta mereka 'total loss', namun umur mereka masih panjang.

Insiden kemalangan akibat terlalu mengantuk & keletihan akibat postcall semakin meningkat. Perlukah kita tunggu lebih ramai doktor meninggal sebelum langkah konkrit diambil bagi mengubah sistem kerja kita sekarang?

Hampir semua disiplin klinikal (kecuali Bius) di hospital memerlukan doktor (pegawai perubatan) yang Oncall untuk bekerja minimum 33 jam (8 pagi hari ini sehingga 5 petang keesokkan harinya). Jabatan Bius di sesetengah hospital memberi 'PostCall Off atau Half-Day Off' kepada Pegawai Perubatan selepas mereka Oncall.

Keadaan lebih baik bagi Pegawai Perubatan Siswazah (houseman) sekarang dimana mereka TIADA lagi sistem Oncall sebegini dan melakukan kerja secara "Shift" (namun shift ini juga terdapat variasi bergantung kepada guideline dan keperluan setiap hospital).

Kita juga tahu sekarang jumlah Pegawai Perubatan sekarang adalah lebih ramai akibat pengeluaran graduan perubatan baru melebihi 5000 orang setiap tahun.


Cadangan saya bagi penambahbaikan:

1. Setiap doktor yang PostCall bagi SEMUA jabatan perlu diberi 'PostCall Day Off' selepas passover jam 8 pagi.

2. Ataupun, kita juga boleh menggunakan Sistem Shift houseman sekarang bagi menggantikan sistem Oncall Pegawai Perubatan bagi mengurangkan tempoh mereka bekerja dan membolehkan mereka mendapat rehat yang mencukupi. Ini sudah pasti ada pro dan kontra dan pastinya akan ada pihak yang tidak akan bersetuju.

3. Bagi adik-adik saya Pegawai Perubatan sekalian, pastikan anda tidur dahulu sebelum pulang. Pastikan anda tidak mengantuk. Sekiranya mengantuk, berhenti dan take a nap. Ataupun dapatkan pasangan atau ibubapa anda bagi membawa anda pulang. Saya tahu anda rindukan anak-anak anda yang menunggu di rumah, mungkin juga anda perlu mengambil anak anda di taska, memasak dan sebagainya, namun, apa sahaja alasan anda nyawa & keselamatan anda adalah lebih utama.

4. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang tip-top. Sebaiknya kenderaan yang kukuh dengan airbag dan sistem keselamatan yang terbaik. Ini pastinya memerlukan pelaburan duit namun ianya berbaloi. Nyawa kita tiada galang gantinya.

5. Bagi rakan-rakan pakar sekalian, juga peringkat pengurusan tertinggi, sudah tiba masanya kita buang sifat "Masa I dulu tak tidur 2 hari pun okey aje!", "masa I dulu kalau Oncall, elaun RM25 aje sehari, Oncall 10 kali sebulan baru RM250, aku tak komplen pun!" Sekiranya kita boleh menjadikan kerjaya kita lebih baik bagi adik-adik kita, doktor-doktor baharu apa salahnya kita berubah. Ubah sistem ke arah yang lebih baik. Doktor yang cukup rehat InsyaAllah akan dapat berkhidmat dengan lebih Mesra dan cemerlang kepada pesakit. Risiko berlakunya kesilapan (medical error) juga InsyaAllah akan dapat dielakkan.

Semoga pemergian arwah menjadi titik tolak ke arah penambahbaikan bagi para doktor dan petugas kesihatan yang lain di Malaysia.
Kita sama2 berdoa agar tiada lagi kemalangan dan kematian akibat keletihan atau mengantuk selepas bekerja malam.

Takziah buat keluarga Arwah Dr. Afifah. Semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang bertakwa. Al-Fatihah. 



sumber asal


'Dia Nie Keluar Dating Dengan Lelaki,Tang Mana Solehahnya?'

%T^&Dua kawan lama bertemu kembali. Dua gadis. 

Dah hampir 5 tahun berpisah sejak sekolah menengah. Habis universiti baru jumpa semula. Masing-masing dah berubah. Makin lawa dari dulu. Makin matang rupa masing-masing. 


Gadis pertama memakai kasut Conv erse. Sejak sekolah lagi memang favourite dia. 

Gadis kedua bershawl halfmoon. Mereka makan di cafe sambil bersembang mesra. 

Di luar cermin cafe, ada pasangan couple budak sekolah menengah sedang duduk duduk sambil pegang tangan di bangku. Gadis shawl tak senang dengan pemandangan di depannya itu.

"Rosak betul budak-budak sekarang ni. Mak ayah suruh pergi sekolah belajar jadi baik. Tapi, mereka buat macam ni pula di belakang parents. Sedih."

Gadis Converse cuma tersenyum. Menyuap makanan ke mulutnya. Gadis shawl terus menyambung katanya,

"Ingat tak kawan kita yang nama Ayu? Dulu pun dia macam depa ni lah. Couple sana-sini. Keluar sana sini dengan lelaki. Entahlah apa dah jadi dengan dia sekarang. Orang-orang macam ni, tak cium bau Syurgalah. Takkan tak tahu couple itu haram? Mesti dia dapat suami yang jenis sama macam dia gak, kan?

Orang soleh akan dapat yang solehah dan sebaliknya."

Gadis Converse berhenti makan. 

"Kau tahu tak, dunia ini berubah. Pantai pun berubah dihempas ombak tiap hari.

Aku berubah. Kau berubah. Semua orang berubah. 

Hati berubah. Iman berubah.

Aku minta maaf kalau aku salah berkata-kata. Cuma, kau masih tidak berubah. Dalam lima tahun ni, sepatutnya pemikiran kita tak lagi sama seperti waktu sekolah dulu.

Masa sekolah dulu, bila kita nak judge orang, kita judge. Bila kita nak kutuk orang, kita kutuk. Kita tak fikir panjang dah. Kita masih budak-budak bodoh.

Tapi sekarang, kita bukan lagi di bangku sekolah. Tu zaman jahiliah kita. Di universiti, kita belajar banyak benda. Bukan saja dalam kampus, tapi dalam universiti kehidupan yang serba mencabar ini. Macam-macam dah berlaku menguji kesabaran kita.

Sepatutnya, semakin banyak ujian dan dugaan hidup; sudah banyak kali kita tempuhi dengan penuh kesabaran, iman kita juga sudah mula tabah. Mulai kuat. 

Semakin sabar, semakin teguh. Semakin memahami situasi."

Gadis shawl nampak tidak puas hati.

"I don't get it."

Gadis Converse senyum manis.

"Maksud aku, sebelum kita berkata-kata atau berbuat sesuatu, kita berfikir 360 darjah kata-kata kita itu betul atau tidak. Di universiti, kita diajar critical thinking, tetapi kenapa kita tidak berfikir secara mendalam apply dalam kehidupan seharian kita? Kenapa cuma untuk jawab dalam peperiksaan?

Kita dah makin matang kan?"

Gadis shawl diam, masam.

"Aku ada jumpa Ayu baru-baru ini. Kau takkan percaya apa yang aku nampak. Dia bukan lagi seperti dulu. Dia sangat solehah. Pakaiannya, perwatakannya. Berubah. Suaminya bukan ustaz, tapi seorang doktor. Tapi, Masya-Allah, warak suaminya. Tak pandang pun aku, cuma pandang isterinya. Begitu hebat menjaga pandangannya."

"Seperti adik-adik di luar ni. Hari ini, mereka buat maksiat, buat salah. Kita tak mampu nak tegur, kita hanya mampu doakan mereka. Moga-moga dari doa yang kita panjatkan, hidup mereka suatu hari nanti berubah. Doa tidak dimakbul sekelip mata. Allah lebih tahu saatnya. Mungkin hari ini mereka bahagia, tetapi kelak diuji hingga berpisah. Dari perpisahan itulah, mereka kembali cari Allah. Kembali ke pangkal jalan. Siapa tahu? Hikmah Allah tidak tercapai akal kita.

Begitu juga kita silap menilai solehah orang. Kita selalu menilai dari pakaian luaran. Sedangkan Allah menilai seluruhnya sehingga ke hati yang paling dalam seseorang.

Kita tidak boleh kata, 

"Dia ni tak pakai tudung, aurat dedah, huh, isi neraka. Solehahlah sangat!"
"Dia ni keluar da/ting dengan lelaki, solehah celah mananya!"
"Dia ni mulut longkang mengata orang, rugi siapa jadikan isteri jenis tak solehah macam dia ni!"
"Dia ni aku tahu sangat masuk club, kaki cl/ub/bing. Tak solehah!"
"Dia ni pisau cukur, pantang lelaki orang nak kebas. Tak solehah!"
"Dia ni taksub korea, tak solehah!"

Kadang-kadang apa yang kita kata hari ini, kita sendiri akan diuji dengan kata-kata sendiri.

Solehah itu nilaian Allah. Solehah itu perlu masa. 

Sedangkan kucing kurap pun bila diubati boleh jadi kucing gebu. Inikan pula manusia.

Bila hati kita busuk pada orang, solehahkah kita? Pandanglah saudara kita dengan rasa belas ihsan walaupun mereka tidak kesiankan diri sendiri."

Gadis shawl tunduk. Ada air jernih di matanya. Mungkin terasa dengan kata-kata kawannya itu. Gadis Converse menarik tangan gadis shawl. Genggam erat.

"Aku sayang kau. Aku minta maaf kata-kata aku mengguris rasa."

Seketika, sampai aiskrim pasu di meja mereka. Special, siap ada tembikai potong dalam aiskrim tu.

"Bila kau order benda ni?" Gadis shawl hairan.

"Hehe. Jangan kau tanya. Bila lihat air mata kau, hati aku dah orderkan. Canggih tak? Koh koh koh."

Gadis shawl kembali senyum ceria.



sumber asal


AMT UMNO : Tuduhan Ke Atas Najib Sama Seperti Serang Umat Islam



#“Tuduhan Ke Atas Najib Sama Seperti Serang Umat Islam”, itulah yang dikatakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Taktik itu digunakan memandangkan UMNO mempunyai 89 kerusi Parlimen berbanding Pas yang hanya 21 kerusi.

“Jadi untuk kucar-kacirkan negara, mereka mesti lumpuhkan UMNO dengan menyerang pemimpin UMNO yang mana sebelum ini mereka membuat serangan di peringkat dalam negara tetapi tidak berjaya,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Beliau yang juga berkata, serangan bertubi-tubi terhadap Najib adalah perancangan rapi dan agenda besar pihak tertentu bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin Islam seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.

“Kita kena ingat dalam jangka masa panjang bagaimana Arab Spring menyebabkan negara-negara terbabit lumpuh dan tidak stabil hingga ke hari ini,” katanya.

Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang tidak berpuas hati dengan tuduhan rasuah Perdana Menteri Malaysia dari media barat, Wall Street Journal sebelum ini.

Sumber Asal: freemalaysiatoday.com