https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Monday 14 September 2015

PANAS!! Che Ta tinggalkan AF2015


$Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 43, mengesahkan dia enggan meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan selepas diherdik Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF malam tadi.

Rozita atau Che Ta berkata, keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar AF2015 iaitu Sufi.

"Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan.
"Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional," katanya.
Menurut Rozita, keputusan menarik diri itu dilakukan atas dasar profesionalisme.

"Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.

"Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.

"Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya," katanya.

Sementara itu, Edry berkata, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.

"Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.

"Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki," katanya.

- hmetro


Sunday 13 September 2015

Kesian!! Lelaki Ini Terpaksa Jadi Kambing Hitam Dan Menanggung Beban RM116k Kerana Kereta....


MOHON BANTUAN SEMUA!!!!
-LUAHAN KISAH SAYA YG TELAH DIANIAYA-
PROSES PEMBELIAN
Pada tarikh 21 Oct 2011 saya telah membeli sebuah kenderaan mitsubitshi grandis bernombor pendaftaran WVX9409 di sebuah kedai kereta terpakai yang bernama Sanyu Auto Sdn Bhd beralamat Lot317, Bt 12 3/4, Jln Cheras, 43000 Kajang, Selangor dengan harga RM144,000.00. Pihak kedai menguruskan pinjaman saya dengan Public Bank Berhad sebanyak RM134,000.00.
Kereta tersebut berasal dr Langkawi dan telah masuk ke semananjung. Pihak kedai telah mengemukakan dokumen cukai tersebut kepada saya tetapi utk kepastian sy telah membuat semakan di JPJ Bangi akan kesahihan kereta ini sebelom membeli. Pegawai JPJ yg bertugas ketika itu mnyemak didlm sistem komputer dan mengatakan kereta tersebut telah memasuki ke semenanjung dan segala cukai telah dibayar. Oleh yg demikian sy yakin dan membeli nya dan mngunakan selama 2 tahun.










KASTAM DIRAJA MALAYSIA
Namun pada 21 Oct 2013 pihak Kastam Diraja Malaysia telah menyita kenderaan saya dan mengikut pegawai Pn Ewa Bt Mohd Yussoff mengatakan bhwa kenderaan sy disyaki tidak membayar cukai kerana terdapat pemalsuan dokumen K1 oleh pihak yg tidak bertanggunjawab.
Oleh yang demikian saya terpaksa menyerahkan kenderaan saya dan memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak Public Bank Berhad. Menjadi persoalan bagaimana dokumen palsu seperti ini mudah melepasi Kastam Diraja Malaysia sehingga pihak JPJ boleh mengatakan bahawa segala cukai telah diselesaikan dan seterusnya pihak bank boleh diperdaya dengan maklumat2 ini atau mungkin terdapat org dalam yg bersekongkol dengan sindiket tersebut.
Sehingga kini kes saya masih di dalam siasatan pihak JKDM Putrajaya dan sy telah berjumpa dengan Pegawai yg bertugas iaitu Tuan Wong selaku Ketua Bahagian Pencegah & Penilaian, beliau memaklumkan tiada apa yang boleh dibantu dan hanya meminta saya membuat bayaran sedangkan mereka mereka tahu terdapat sindiket yang melakukan kerja terkutuk itu. Namun pengguna mcm sy yg akhirnya dipersalah dan dibebani dengan cukai sebanyak RM 116k dan hutang pinjaman yg perlu dibayar.
PIHAK PUBLIC BANK BERHAD
Sejak dari tarikh penyitaan kereta tersebut, saya telah menangguhkan bayaran pembiayaan kereta tersebut bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik berhubung masalah ini.Namun pihak bank tidak dapat mempertimbangkan perkara ini sehingga menyebabkan nama saya telah disenarai hitamkan di dalam laporan kredit yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Sy telah mmbuat aduan kepada pengurus Mr Teo CH Public Bank Taman Maluri namun tiada jawapan penyelesaian. Kemudian sy berurusan pula dgn Ketua Bahagian Kredit Public Bank K Lumpur iaitu Pn Saraswatie namun beliau sekerasnya meminta saya menyelesaikan hutang agar tidak disenaraikan bankrupsi .
Setahu saya juga pihak bank juga perlu memeriksa dan memastikan segala butiran dan dokumen pembelian sebelom meluluskan pinjaman kepada saya.
Selain itu sy juga berurusan melalui website aduan dengan pihak Bank namun mereka menjawab dengan jawapan yg sama dan mmberi amaran untuk menyelesaikan cukai kastam tersebut.
POLIS DIRAJA MALAYSIA
Sehubungan dengan itu saya telah membuat laporan polis akan perkara yg terjadi di Balai Polis Pelabuhan Klang namun tiada tindakan susulan dr pihak bekuasa tersebut. Amat mendukacitakan apabila pihak bekuasa seperti ini tidak menghiraukan kes jenayah komersial seperti ini.
KPDNKK
Saya juga telah membuat aduan di KPDNKK putrajaya atas masalah sy ini tapi mereka tidak dpt membantu dengan alasan diluar kuasa mereka sedang kan setahu sy kementerian ini seharusnya membantu pengguna2 yg teraniaya seperti sy.
KESIMPULAN
Setelah 2tahun kes ini masih belom selesai dan mnjdi masalah kepada saya ini kerana ia menyukarkan saya untuk membuat pinjaman untuk rumah mahupon kereta. Sehingga kini sy terpakse menumpang di rumah ayah sy.Lebih menyedihkan lagi name isteri sya juga terlibat selaku gerentor pinjaman kereta tersebut. Kami tidak mampu lagi membuat ape2 pinjaman dengan mana2 bank. Kami membeli kereta utk keperluan bukan utk ditipu sebegini. Sy mohon kan keadilan sbb sy telah dianiaya oleh pihak2 yg tidak betanggungjawab ini .
Akhir kata dr sy bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku dan terlepas dr pihak kastam dan pihak bank?
Apa yang saya perlu buat? Siapa yang boleh bantu mohon hubungi saya.
Sekian dr saya yang runsing.
Ahmad Bakhtiar B Abdul Rahman
TOLONG SHARE YE KAWAN2 SUPAYA ORG LAIN TIDAK MENJADI SEPERTI SAYA.
‪#‎kastamdirajamalaysia‬ ‪#‎polisdirajamalaysia‬ ‪#‎publicbankberhad‬ ‪#‎umno‬ ‪#‎mca‬ ‪#‎NGO‬ ‪#‎KPDNKK‬ ‪#‎AKPK‬ ‪#‎MOF‬ ‪#‎SPRM‬ ‪#‎tv3‬ ‪#‎metro‬ ‪#‎aduanrakyat‬ ‪#‎belanjawan2016‬ ‪#‎beritaharian‬
‪#‎SyXBersalahSyTlhDitipu‬



sumber asal


Presiden Mahasiswa UKM Cedera Parah Ditoreh 5 Kali...


@Seorang mahasiswa mengalami cedera parah akibat diserang dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian sebelum subuh itu, mangsa, Presiden Gerakan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Syahir Rahimi cedera parah akibat diserang dengan senjata tajam.

Mangsa mengalami kecederaan di empat bahagian badannya dan satu di bahagian kepala akibat ditoreh, selain disimbah dengan sejenis cat.

Doktor yang merawat mangsa di Hospital Serdang berkata, cat yang disimbah pada mangsa berkemungkinan beracun dan boleh membahayakan nyawa.

Menurut seorang pengguna Facebook. Lee Chean Chung, kejadian itu besar kemungkinan berkaitan dengan pilihan raya kampus.

"Kes ini berkemungkinan besar berkaitan dengan pilihan raya kampus. Saya mengecam tindakan kejam ini dan mendesak polis menjalankan siasatan segera," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM


PANAS!! Ketua Chef Berang Apabila Pesakit Tinggalkan Tulang Babi Dalam Mangkuk Hospital (4 GAMBAR)


%^Seorang lelaki memuat naik beberapa gambar sisa makanan yang dipercayai babi, dibawa oleh ahli keluarga pesakit di sebuah hospital tersebar di laman sosial.

Ghazali, Ketua Chef di sebuah hospital di Perak berkata, kakitangannya mengesan sisa-sisa makanan (tulang) babi di dalam mangkuk/pinggan yang disediakan oleh pihaknya pada sebuah hospital kerajaan di negeri itu.

"Semua pesakit telah disediakan makanan oleh pihak hospital. Jadi tidak perlulah membawa daging babi dan tinggalkan tulang babi dalam mangkuk kerana mangkuk itu akan digunakan oleh pesakit lain yang beragama Islam. Tak pasal-pasal kami kena samak!" katanya pada 12 September, 11.46 petang.




Menjelaskan dakwaan netizen kononnya tulang itu bukan tulang babi, Ghazali berkata, sebagai seorang tukang masak, sudah pasti mereka tahu membezakan tulang haiwan yang dimasak.

"Tulang babi dan tulang ayam, cerah warnanya. Takkanlah tukang masak tak boleh membezakan tulang dari ayam atau binatang yang besar?" katanya.

Bagaimanapun, nama hospital terbabit tidak didedahkan berikutan bimbang akan mencetuskan perasaan panik para pesakit. - THEHYPEMEDIA.COM


TUE MAKAN DIA!!Akibat Tersalah Pilih Mangsa Rompakan,Inilah Pengajaran Yang Mungkin Tidak Akan Dilupakan Sampai Bila-Bila (4 GAMBAR)

$%Acailandia (Brazil): Seorang lelaki yang cuba menyamun seorang wanita dan rakannya di tepi jalan mendapat nasib malang kerana wanita berkenaan adalah juara seni mempertahankan diri.

Akibatnya lelaki berkenaan terpaksa merayu dilepaskan malah rela diserah kepada polis apabila lehernya dikunci dengan gerakan seni jiu-jitsu.

Lelaki itu dan rakannya menghampiri Monique Bastos serta rakan perempuannya yang berada di atas motosikal dan menuntut mereka menyerahkan telefon bimbit.


Menurut laporan lama web Brazil, iG, Mobique, 23, yang pernah menjuarai enam pertandingan MMA, menumbuk lelaki itu sebelum menjatuhkannya ke tanah dan mengunci lehernya selama 20 minit sehingga polis tiba.
“Seorang lelaki merampas telefon saya. Melihat mereka tidak bersenjata, saya menolak motosikal mereka hingga jatuh.

“Seorang melarikan diri tetapi penunggang motosikal itu tidak sempat membolehkan saya menangkapnya dengan mengunci lehernya dengan kaki,” katanya.

Lelaki itu menjerit: “Ayah, ayah, panggil polis. Tolong, saya janji ini kali pertama dan terakhir buat macam ini. Sesiapa saja tolong saya.”


Hariyanti - "Impian emak meninggal dunia di Mekah termakbul"


$% "Impian mak untuk meninggal dunia di Mekah termakbul," kata anak ketiga Allahyarham Rusiah Suar, 56, susulan tragedi kren tumbang di Masjidil al-Haram Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Hariyanti Ahmad Badri, 31, berkata, mereka sekeluarga reda dengan kejadian itu kerana ia adalah ketentuan Allah.

"Dia tidak banyak bercakap beberapa hari sebelum berangkat ke Mekah. Kami ingatkan dia fokus hendak pergi menunaikan ibadat haji.

"Dia ada beritahu, emak teringin sangat hendak meninggal di sana (Mekah). Senang semua. Kami cakaplah jangan cakap macam itu emak, kita hendak pergi jauh.

"Sebagai anak saya sedih atas pemergiannya, tetapi kami reda sebab perkara itu memang diidamkan oleh umat Islam," katanya di kediamannya, di Felda Besout 2, di sini, malam tadi.

Hariyanti berkata, berita pemergian ibunya dimaklumkan kepada keluarganya oleh Tabung Haji (TH) yang datang ke rumah pada kira-kira 7.45 malam tadi.

"Pihak Tabung Haji memberitahu menemui mayat ibu di sebuah hospital di Makkah, namun mereka tidak memaklumkan bagaimana insiden itu berlaku," katanya.

Hariyanti berkata dia dimaklumkan TH akan menguruskan proses pengebumian ibunya di Mekah.

Menurutnya, rakan sebilik ibunya memaklumkan bahawa arwah rebah dan pengsan ketika insiden itu berlaku.

"Selepas menerima berita insiden itu, saya meminta suami menelefon kawan ibu saya untuk bertanya keadaan yang berlaku dan dia memberitahu ketika melakukan saei, kren jatuh mak saya terus rebah.

"Ketika itu, kawan-kawan emak hendak tolong tetapi orang di sana tidak benarkan. Selepas itu kawan-kawan emak terus terputus hubungan dengan emak," katanya.

Sementara itu, anak keluarga Allahyarham, Nor Haizan, 34, berkata ibunya sangat teruja untuk menunaikan ibadah haji

"Semasa di Tabung Haji Kelana Jaya, emak sempat bergurau dengan kami dan nampak dia teruja. Semasa melakukan persiapan, emak hendak semua barang-barang keperluan baru dan dibeli awal," katanya.

Nor Haizan terkilan kerana pemergian ibunya seminggu sebelum Aidiladha sama seperti Allahyarham ayahnya yang meninggal dunia sehari sebelum Aidiladha pada 2007.
"Saya reda kerana itu sudah ketentuan," katanya sambil menambah solat jenazah ghaib telah dilakukan selepas maghrib hari ini dan majlis tahlil akan dijalankan hari ini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut mengesahkan selain Allahyarham Rusiah, tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada Jumaat.

Mereka ialah Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.

Turut hilang  tiga lagi jemaah Malaysia, dan usaha mencari sedang diteruskan.

Insiden itu mengorbankan sekurang-kurangnya 107 yang lain dan turut mencederakan ratusan yabng lain-astroawani


Pinjamkan 2 Minit Masa Anda,Bacalah Kisah Realiti Dunia Sekarang : "Mak Duduk La Hospital Lama Sikit,Xde La Menyusahkan Anak-Anak!!"


$%
"Mak duduk la hospital lama sikit, xde la menyusahkan anak-anak".


Petang jumaat td, menziarahi nenek di hkb. Sambil menunggu urusan menukar wad nenek yang x sudah2, sempat berbual dengan seorang mak cik di katil sebelah.


Anak mak cik pandai2. Ada yang belajar di new zealand, ada yg belajar di situ, ada di sni. Senang cite ramai yg belajar oversea. Kerja pon best2. Ada yg buka kedai emas, ada yg kerja dgn syarikat ternama. Semakin galak mak cik bercerita. Berkongsi kegembiraan apabila anak-anaknya semua berjaya di DUNIA.


Part tu yg mak cik cite, part yg mak cik tu x cite, mak cik tu di hantar ke hospital oleh jiran. Mulanya mak cik tu menolak pelawaan jiranya utk menghantar beliau kerana ingin ke hospital sendiri. Setelah di didesak, baru lah beliau bersetuju. Mak cik pernah di tahan di wad beberapa kali, dan selalunya ke hospital sendiri, pulang pon sendiri, menaiki teksi.


Selalu mak cik menghilangkan diri. Setelah sekian lama, pulang ke rumah dengan kereta sewa. Jiran tetangga pasti bahawa ibu tua itu ke kuala lumpur menziarahi anak menantu serta cucu. Tidak, sebenarnya mak cik itu baru pulang dari hospital. Beberapa hari bermalam di wad. Pulangnya ke rumah menaiki kereta sewa kerana tiada anak yg menjemput, tiada jiran yg mahu disusahkan.


Mak cik tu tinggal di rumah sendirian. Apabila mak cik tu rasa tidak sedap badan, di rumah penghulu mak cik menumpang tidur, bimbang akan terjadi sesuatu dikala bersendiri.


Hebat betul ibu tua ini. Usia nya sudah 64 tahun. Semuanya cuba utk dilakukan sendiri. Supaya tidak pernah menyusahkan anak-anak. Pernah jiranya mempelawakan diri utk menemaninya di hospital. Lalu di jawab tidak perlu. Sy tahu, beliau mengharapkan anak-anak di sisi katil itu.


Mak cik, maafkan sy kerana berkongsi cerita ini. Maafkan adik sy kerana terdengar perbualan mak cik di telefon. Niat sy hanya mahu semua tahu. Kamu berjawatan besar, berkereta besar, berumah besar, berapa ramai diantara kamu yg berjaya di dunia, tetapi miskin di akhirat. Mungkin kamu akan mengalami benda yg sama. Sejarah pasti berulang. Roda akan brrputar. Fikirkan...


Esok ,mak cik speaking, tggu mash potato mak cik ya...


Wad 8 hrpz

Jumaat, 10/09/15


Kisah ini asalnya dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook, Wan Mohd Fikri di laman miliknya untuk tatapan para pembaca. Semoga memberi manfaat dan pengajaran buat kita semua.



sumber asal


(VIDEO) Apabila Tun M Berduet Dengan Penyanyi Tersohor Negara,Siti Nurhaliza Yang Semestinya Mencuit Hati Semua...


$%Jarang-jarang kita dapat lihat Siti Nurhaliza dan juga Tun M berada di atas satu pentas dan menyanyikan lagu bersama. Boleh tahan juga Tun M menyanyi ya sampai Siti Nurhaliza pun puji.

Menurut rakaman video di Youtube yang dimuat naik baru-baru ini, Tun M dan juga Siti telah hadir pada satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, 11 September lalu. Kagum sekejap kami melihat Tun M menyanyi. Jika anda tidak percaya, jom saksikan video ini. Enjoice!

Tonton video dibawah:


sumber asal


Gara-Gara Memuatnaik Gambar 'Melampau' Di Instagram,Salamiah Hassan Dikecam Oleh Peminat (4 Gambar)


$%heboh di laman sosial media bila penyanyi terkenal 90an memuat naik gambar yang agak tidak senonoh bagi usianya di laman instagramnya. gambar tersebut dimuat naik oleh laman instagram penyanyi itu sendiri yang menampakkan rambutnya umpama tidak sesuai bagi usianya untuk memuat naik gambar sebegitu. berikut antara komen-komen yang dia terima



Bikers - 'Dia Mulakan Dulu ! Sambil Pegang Alat Sulit, Dia Tunjuk Isyarat TIDAK SENONOH Pada Kami !'

#"Kepada Encik Azahari Ismail yang viralkan dalam Facebook tentang parking di Petronas Hentian Serdang. Saya nak tanya, anda ada masalah ke dengan kami bikers?

"Memang anda ada beritahu kami tentang parking, tak bagus park motor begitu tetapi dalam pada masa itu juga, memang banyak parking kosong di situ. Jadi, tiada masalah bagi siapa-siapa pun nak parking.

"Kamu cakap kamu tegur sebab Melayu sama Melayu. Tetapi cara kamu pegang anu kamu dan tunjukkan kepada kami itu memang adab Melayu ke? Maaf kalau saya terkasar bahasa. Kami ada ramai saksi. Kamu boleh katakan apa sahaja," katanya.


Salah seorang ahli bikers terbabit juga turut menafikan dakwaan Azahari melalui WhatsApp.

"Pembetulan tentang statement dalam Facebook tentang bikers parking di stesen minyak Petronas Serdang Solaris.

"Saya ingin memberi komen berdasarkan kes di atas. Pada jam 8.00 pagi, kami group-group bikers berkumpul di Petronas Solaris, Serdang. Semasa kami berbual-bual, tiba-tiba kami didatangi oleh seorang lelaki yang meminta kami mengalihkan motosikal kami dengan nada yang tinggi dan kurang sopan.

"Kami memberitahu dia supaya parking di tempat lain memandangkan masih banyak tempat lain yang kosong. Malangnya kami dibalas dengan ayat yang berbunyi 'P*kimak kau! Ini tempat parking kereta!'. 

"Kawan-kawan yang mendengar percakapan lelaki tersebut mula membalas dengan perkataan kasar. Bukan kami yang mulakan tetapi lelaki itu yang sengaja mencari pasal. 

"Tak tahu kenapa dia berkeras juga nak parking di situ yang terang-terang dah ada motosikal. Selepas dia park kereta di tempat lain, dia laungkan 'Oiii!' sambil memegang alat sulit dan menunjuk isyarat lucah kepada kami dengan tangan. Kami hanya memerhatikan dari jauh. Kami tengok dia ambil gambar, kami fikir sesuatu yang tidak elok maka kami pun mengambil gambar kereta dan gambar lelaki itu untuk rujukan selepas ini," katanya Adik Fiqa As Salam dari group Puchong Bikers.


Maka terjawablah kes ini yang mana pihak pengadu pertama telah membuat kenyataan palsu yang memburuk-burukkan kumpulan bikers tadi demi kemenangannya di laman sosial.
 
 


Ramai Yang Tidak Tahu Tetapi Inilah Cerita Sebenar Kenderaan Pacuan Empat Roda Menghentam Sebuah Motosikal di Termerloh


“Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu melanggar lampu isyarat sebelum menghentam sebuah motosikal hingga menyebabkan penunggangnya melambung ke tengah jalan,” kata seorang peniaga, Alif Saleh, 28.

Dalam kejadian jam 10 malam, kelmarin, seorang penunggang dan pemandu kereta parah selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum menghentam sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda di Jalan Temerloh-Mentakab, berhampiran Jalan Bahagia, di sini.

Toyota Hilux itu kemudian terus meluru ke arah sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian dan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kelisa serta dua kenderaan lain.

Kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal, Mohamad Kamarul Ikmal Mohamad Kamarulzaman, 15, dari Taman Tualang Indah, di sini, dan pemandu Perodua Kelisa yang masih belum dikenal pasti identitinya parah.

Alif yang kebetulan berada di lokasi kejadian berkata, dia menunggang motosikal untuk minum bersama rakannya di gerai berhampiran sebelum melihat Toyota Hilux itu dari arah Mentakab ke bandar ini tidak berhenti walaupun lampu isyarat sudah merah. - hmetro


7 Gambar Detik Cemas Kren Tumbang Di Masjidil Haram Mengorbankan 107 Orang 238 Cedera

$%Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 107 meninggal dunia manakala 238 mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

“Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.

“Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing,” katanya.

Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.

“Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia.

Syed Saleh berkata ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir.

Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.

Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut.







Sumber: Astro Awani


SEBARKAN!! Farhah Taharin,Si Gadis Cantik Penipu Laman Bilik Sewa i-Bilik Kini Dicari... (10 Gambar Bukti)

$%ZAMAN serba canggih kini membuatkan masyarakat beralih kepada membeli barangan mahu pun mencari rumah dan bilik sewa menerusi online.

Malangnya, ada manusia mengambil kesempatan daripada kemudahan teknologi online ini bagi menipu orang ramai.

Salah seorangnya wanita dipercayai bernama Farhah Taharin, yang dikatakan giat menggunakan portal mencari bilik sewa iaitu ibilik.my untuk menipu orang ramai.

Modus operandi wanita ini ialah mengiklankan bilik yang lengkap dengan perabot, selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan pada harga yang agak murah untuk memancing penyewa.

Menurut maklumat mangsa, dia kemudiannya akan memberikan pelbagai alasan supaya mangsa memasukkan wang deposit ke dalam akaun bank miliknya.

Kemudian, dia akan menghilangkan diri dan menyekat panggilan dari mangsa.

Farhah dipercayai melakukan kerja menipu bersama pasangan yang dikatakan suaminya.

Status sebenar tidak diketahui tetapi kini tersebar alamatnya di Felda Sg koyan 3, Raub, Pahang.

Farhah turut mengiklankan bilik-bilik sewa di negeri lain selain kononnya ingin menyewakan bilik di pelbagai lokasi seperti Apartment Mawar dan Melur di Sentul, Vista Angkasa di Pantai Dalam, Alpha Villa berdekatan LRT Wangsa Maju, Pulau Pinang dan banyak lagi.

1
7
6
Menurut maklumat dari seorang mangsa, Farhah seorang yang bertutur dengan yakin dan tenang menyebabkan pengguna mudah mempercayainya.

Selain itu, pasangan Farhah dikatakan akan cuba menjual serta mempromosi alatan seks kepada mangsa.

Salah seorang mangsa berkata, pasangan Farhah pernah cuba meminta gambar payudaranya untuk tujuan yang tidak diketahui menggunakan akaun Whatsapp milik Farhah. Lelaki ini dipercayai menggunakan pelbagai nama, antaranya Mr. Joe dan Amin.

Terdapat sekurang-kurangnya 15 orang telah mengaku ditipu oleh Farhah dan telah membuat laporan polis. Mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Farhah boleh menghubungi Inspektor Yugesh di talian 016-6699788.

Di bawah adalah gambar serta lain-lain aduan mengenai kegiatan menipu daripada individu terbabit. – Mynewshub.cc
3

10

Sumber: Amazingnara


Kisah Benar : Akibat Terlewat Nikah, Wanita Andartu Ini Di’reject’ Bakal Mertua Atas Alasan Sukar Bagi Anak, Namun Akhirnya Apa Yang Wanita Ini Lakukan Amat Mengejutkan!


#$Sesungguhnya ajal, maut, pertemuan dan perpisahan terletak di tangan Allah SWT. Wanita ini putus harapan bila bakal mertuanya memutuskan tali pertunangan dengan anaknya semata-mata kerana wanita ini sudah mencecah umur anak dara tua atas alasan sukar memberikan cucu kepadanya.
Namun, Tsina Syafiqah redha dan akhirnya…
Kisah Nyata : Terlewat Nikah
Screen Shot 2015-09-13 at 11.05.15 AM
(gambar hiasan)
Aku telah menamatkan zaman kuliahku dan kini aku seorang wanita yang berkerjaya.
Lamaran pinangan terhadap diriku untuk menikah juga datang tidak putus-putus, tetapi aku merasakan tiada seorang pun yang dapat menarik minatku
Kemudian kesibukan kerja dan cita-citaku membuatkan aku leka dan hanyut dalam duniaku sendiri sehinggalah aku berusia 34 tahun. Ketika itulah baru aku sedar bahawa betapa susahnya lewat bernikah.
Pada suatu hari, datang seorang pemuda meminangku. Usianya tua 2 tahun dariku. Dia berasal dari keluarga yang kurang mampu. Tapi aku ikhlas menerima dirinya seaadanya.
Kami mulai menghitung waktu pernikahan. Dia meminta kepadaku salinan KTP untuk menguruskan surat-surat pernikahan. Aku segera menyerahkan semua yang diperlukan.
Setelah dua hari berlalu, ibunya menghubungiku melalui telepon. Beliau memintaku supaya bertemu secepat mungkin.
Aku segera menemuinya. Tiba-tiba ia mengeluarkan salinan KTPku. Dia bertanya kepadaku apakah tarikh lahirku yang terdapat di KTP itu benar?Aku menjawab: Benar.
Lalu ia berkata: Jadi umurmu sudah mendekati usia 40 tahun?!
Aku menjawab: Usiaku sekarang sebenarnya 34 tahun.
Ibunya berkata lagi: ya, sama saja.
Usiamu sudah lewat 30 tahun. Ertinya kesempatan untuk memiliki anak sudah semakin tipis.
Sementara aku nak sangat menimang cucu.
Dia tidak mahu diam sampai ia mengakhiri proses pinangan antara diriku dengan anaknya. Masa-masa sukar itu berlalu sampai 6 bulan.
Screen Shot 2015-09-13 at 11.06.41 AM
(gambar hiasan)
Akhirnya aku memutuskan untuk pergi melaksanakan ibadah umrah bersama ayahku, supaya aku boleh menyembuhkan kesedihan dan kekecewaanku di Baitullah. Akupun pergi ke Mekah. Aku duduk menangis, berlutut di depan Ka’bah. Aku memohon kepada Allah supaya diberi jalan terbaik.
Setelah selesai solat, aku melihat seorang perempuan membaca al Qur’an dengan suara yang sangat merdu. Aku mendengarnya lagi mengulang-ulangayat:
(???? ??? ???? ???? ?????)
“Dan karunia Allah yang dilimpahkan kepadamu itu sangat besar”. (An Nisa': 113)
Air mataku menitis dengan derasnya mendengar alunan ayat itu. Tiba-tiba perempuan itu merangkulku ke pangkuannya. Dan ia mulai mengulang-ulang firman Allah:
(????? ????? ??? ?????)
“Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas”. (Adh Dhuha: 5)
Demi Allah, seolah-olah aku baru kali pertama mendengar ayat itu seumur hidupku. Pengaruhnya sangat luar biasa, jiwaku menjadi tenang. Setelah seluruh ibadah umrah selesai, aku kembali ke Cairo. Di pesawat aku duduk di sebelah kiri ayahku, sementara disebelah kanan beliau duduk seorang pemuda. Sesampainya pesawat di bandara, akupun turun.
Di ruang tunggu aku bertemu suami kepada salah seorang sahabatku. Kami bertanya kepadanya, dalam urusan apa ia datang ke bandara? Dia menjawab bahwa ia sedang menunggu kedatangan sahabatnya yang menaiki pesawat yang sama dengan kami naiki.
Hanya beberapa saat, tiba-tiba sahabatnya itu datang. Ternyata ia adalah pemuda yang duduk di kerusi disebelah kanan ayahku tadi. Seterusnya aku berlalu dengan ayahku….. setibanya aku sampai di rumah dan menukar pakaian, sedang berehat, sahabatku yang suaminya tadi kebetulan betemu di bandara menghubungiku.
Terus saja ia menyatakan bahawa sahabat suaminya yang kebetulan menaiki pesawat denganku sangat tertarik kepada diriku. Dia ingin bertemu denganku di rumah temanku itu dimalam itu juga.
Atas alasan,urusan yang baik perlu disegerakan.
Jantungku berdegup sangat kencang akibat kejutan yang tidak pernah aku bayangkan. Lalu aku meminta pendapat kepada ayahku terhadap tawaran suami sahabatku itu. Beliau memberi semangat untuk untuk aku menerima perlawaan tersebut.
Boleh jadi dengan cara itu Allah memberiku jalan keluar. Akhirnya…..aku pun datang ke rumah temanku itu.Setelah beberapa hari selepas kunjungan kerumah itu, pemuda tadi pun datang melamarku secara rasmi.
Hanya satu bulan setengah setelah pertemuan itu kami betul-betul sudah menjadi pasangan suami-istri.
Jantungku betul-betul berdegup kencang dengan pengharapan kebahagiaan. Kehidupan berkeluarga berjalan lancar dengan optimis dan detik-detik kebahagiaan.
Aku mendapatkan seorang suami yang aku impikan. Dia seorang yang sangat baik, penuh cinta, lemah lembut, dermawan, mempunyai akhlak yang subhanallah, ditambah lagi keluarganya yang sangat baik dan terhormat. Namun sudah beberapa bulan berlalu belum juga ada tanda-tanda kehamilan pada diriku.
Perut-Hamil-Tapi-Kosong-Tak-Ada-Janin1-300x206
(gambar hiasan)
Perasaanku mulai diselubungi cemas. Apalagi usiaku waktu itu sudah memasuki 36 tahun.
Aku minta kepada suamiku untuk membawaku supaya melakukan pemeriksaan diri di hospital.
Aku bimbang kalau-kalau aku tidak boleh hamil.
Kami pergi menjalani pemeriksaan dengan seorang doktor yang sudah terkenal dan berpengalaman.
Dia minta kepadaku untuk buat ujian darah. Ketika kami menerima keputusan ujian darah, ia berkata bahawa tidak perlu aku meneruskan pemeriksaan berikutnya, karena hasilnya sudah nyata.
Terus sahaja dia mengucapkan “Tahniah, anda hamil!”
Hari-hari kehamilanku pun berlalu dengan selamat, sekalipun aku mengalami kesusahan yang lebih dari orang biasanya. Mungkin kerana aku hamil di usia yang sudah agak berumur. Sepanjang kehamilanku, aku tidak punya keinginan untuk mengetahui jatina anak yang aku kandung.
Kerana apa pun yang Allah kurniakan kepadaku semua adalah nikmat dan kurniaan-Nya.
Setiap kali aku mengaduk bahawa rasanya kandunganku ini terlalu besar, dokter itu menjawab:
Itu karena kamu hamil di usia lewat 36 tahun.
Seterusnya tibalah hari-hari yang ditunggu, hari saatnya melahirkan. Proses bersalin secara caesar berjalan dengan lancar. Setelah aku sedar, doktor masuk ke bilikku dengan senyuman manis di wajahnya sambil bertanya tentang jenis jatina anak yang aku harapkan.
Aku menjawab bahawa aku hanya mendambakan kurniaan daripada Allah. Tidak penting bagiku jenis jatinanya. Lelaki atau perempuan akan aku sambut dengan ribuan kesyukuran.
Aku dikejutkan dengan pernyataannya: “Bagaimana pendapatmu kalau kamu mendapat Hasan, Husen dan Fatimah sekaligus?
Screen Shot 2015-09-13 at 11.11.28 AM
(gambar hiasan)
Aku tidak paham apa yang ia katakan. Dengan penuh tanda tanya aku bertanya apa yang ia maksudkan?
Lalu ia menjawab sambil menenangkan ku supaya jangan terkejut dan histeria bahawa Allah telah mengurniakan 3 orang anak sekaligus. 2 orang bayi lelaki dan seorang perempuan. Seolah-olah Allah mahu memberiku 3 orang anak sekaligus untuk mengejar ketinggalanku dan lantaran kelewatan umurku.
Sebenarnya doktor itu telah mengetahui bahawa aku mengandung anak kembar 3, tapi dia tidak menyampaikan berita itu kepadaku supaya aku tidak cemas menjalani masa-masa kehamilanku.
Lantas aku menangis sambil mengulang-ulang ayat Allah:
(????? ????? ??? ?????) “Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas”. (Adh Dhuha: 5)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: (????????? ???????? ??????? ????????? ????????????? )
“Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, karena sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami…” (Ath Thur: 48)
Bacalah ayat ini penuh taddabur dan menghayatinya, teruskan berdoa dengan hati penuh yakin bahawa Allah tidak pernah dan tidak akan pernah membiarkanmu. Sumber


Mesti Tahu! Inilah Cerita Sebenar Disebalik Tuduhan Eina Azman Kantoi Ditangkap Khalwat Semasa Suami Tiada Di Malaysia (2 GAMBAR)


$%Pertama sekali, apabila melihatkan perkara yang dikongsikan oleh pelakon Eina Azman ini, kami hanya mampu geleng kepala kerana ia perkara yang sama namun watak mangsa khalwat tersebut diubah-ubah bagi meraih perhatian pembaca.


“Ini FITNAH semata mata utk mengaib kan saya. Alhamdullilah.. Allah maha besar. Saya tersenyum dan gelak bersama suami apa bila ada juga segelintir manusia zaman skg yang suka menabur FITNAH. Bertaubat la. Tiada yang sempurna,” jelas Eina sendiri di Instagram menafikan khabar angin tersebut.

Menurut Eina lagi, dia dan juga suami tergelak apabila mengetahui perkara tersebut malah tambahnya, dia sudah pun mewarnakan kembali warnanya kepada warna hitam selain menyifatkan dakwaan tersebut sebagai melampau. (rtky/s)


sumber asal


MISTERI DISEBALIK 7 MURID ORANG ASLI SK TOHOI TIDAK PULANG SEJAK 23 OGOS LALU AKHIRNYA TERUNGKAI..???


Para pemandu pelanc0ng yang berpengalaman luas mener0ka gua serta hutan di kawasan daerah ini menyifatkan kehilangan tujuh murid 0rang Asli Sek0lah Kebangsaan (SK) T0h0i sebagai kejadian yang cukup aneh dan misteri.

Bagaimanapun mereka tetap percaya kanak-kanak terbabit yang hilang sejak 23 0g0s lalu itu masih hidup dan mampu bertahan di dalam hutan tersebut.

Se0rang pemandu pelanc0ng, Sabri Zul, 34, berkata, kes kehilangan tujuh murid 0rang Asli secara serentak dalam temp0h dan hari sama itu merupakan sesuatu yang agak pelik.

Sabri berkata, dia pernah terlibat dalam 0perasi mencari se0rang penuntut universiti tempatan yang hilang selama 19 hari di Gunung Tahan pada tahun 2008, tetapi akhirnya mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Dia yang bekerja sebagai pemandu pelanc0ng di Taman Negara Sungai Relau, Pahang sejak 16 tahun lalu berkata, mangsa, Nur Umaisarah Sameaun yang ketika itu berumur 21 tahun tidak mempunyai kepakaran ilmu dalam hutan tetapi dapat bertahan hidup hampir 20 hari.

Saya merasakan kanak-kanak ini masih hidup kerana mereka sudah biasa dengan persekitaran hutan. Jika mengikut pengalaman lepas, 0rang yang terperangkap di dalam hutan lebih 20 hari sudah tidak bermaya dan fizikalnya memang kurus kering ketika mereka ditemukan, katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Se0rang lagi pemandu pelanc0ng, Mohd. Tahir Mat Saman, 55, berkata, dia yakin kanak-kanak terbabit mampu berdikari selain mencari ikhtiar hidup sepanjang temp0h berada di dalam hutan tersebut.
Beliau yang berpengalaman lebih 30 tahun sebagai pemandu pelanc0ng berkata, kebanyakan masyarakat 0rang Asli telah diajar mengenai ilmu hutan sejak kecil dan mereka arif tentang sel0k-bel0k kawasan tersebut.

Sesuatu yang agak pelik jika 0rang Asli sesat di hutan kerana kawasan berkenaan merupakan tempat asal mereka. Saya rasa mereka tidak akan sesat.

Masyarakat 0rang Asli juga akan melatih dan membawa anak mereka sejak kecil supaya mengetahui kehidupan di dalam hutan, katanya.

Tambahnya, dia berharap kes kanak-kanak 0rang Asli ini tidak mengulangi misteri kehilangan seorang jurutera Petr0nas di Pulau Keld0ng dekat P0s Pulat, pada tahun 2004.

Misteri kehilangan jurutera tersebut sehingga hari ini terus menjadi tanda tanya. Tiada sebarang petunjuk dapat ditemukan sehingga sekarang, katanya.

N0razlanuddin Samat, 32, pula merasakan kanak-kanak terbabit hanya tersesat dan tidak berkait dengan kejadian mistik sebagaimana yang dibangkitkan sesetengah pihak sebelum ini.

Kemungkinan tujuh murid tersebut telah tersesat dan mencari jalan pulang ataupun telah disembunyikan. Segalanya berkemungkinan, kerana angg0ta penyelamat juga masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu walaupun 0perasi telah dilakukan secara menyeluruh, katanya



sumber asal


Suami Isteri WAJIB Baca Sampai Habis!! Suami Ajak Isteri Ke MidValley,Namun Apa Yang Berlaku Selepas Itu Sangat-Sangat Menguji Hubungan Mereka!!


 $%
Ada yang bertanya "Ko tak pernah gaduh ke dengan Isteri ngko?"

Bohonglah kalau saya kata tak


* * * * * * * * * * *

Bulan 3 baru-baru ni, Isteri ajak saya ke Mid Valley. Ada Baby Fair katanya. Saya yang takda apa-apa kerja hujung minggu tu, ikut aje.

Siap berkemas kami bertolak.


Dalam pukul 10.00 pagi, kami sampai kat sana. Awal. Namun, kelihatan sudah banyak kereta yang beratur untuk memenuhi parking. Alhamdulillah, nasib kami baik. Kami dapat parking betul-betul berhampiran lif.

Saya keluarkan stroller kakak, ambil gambar nombor parking dan terus naik ke atas.


Sampai di atas, orang ramai telahpun membanjiri tapak festival. Saya ni jenis yang tak suka berada di tempat yang ramai orang. Lebih-lebih lagi yang crowded macam ni. Tapi, bila mengenangkan Isteri yang dah 7 bulan memboyot ni, saya hanya butakan mata dan pekakkan telinga. Lautan manusia saya redah jua.

10 minit berlalu dan saya masih di situ. Bertahan, memilih baju untuk anak yang bakal dilahirkan, bersama Isteri tercinta.


Tapi bila masuk minit yang seterusnya, saya surrender. Dengan kakak yang dah boring duduk dalam stroller, saya volunteerkan diri untuk menjaganya.

Saya bawa kakak pusing-pusing di ruang legar aras berkenaan. Kakak yang suka explore ni meronta-ronta ingin keluar dari strollernya. Ok fine.

"Didi buka belt kakak. Tapi janji, kakak kena behave ok.."

"K.." Jawabnya mengambil suku kata belakang

Budak-budak, mana diorang kisah tentang janji. 'Bebas' je, ke hulu ke hilir dia lari. Apa yang boleh saya buat hanyalah bersabar dan kejar. Aduhaiii.....

Dari minit ke-11 saya tinggalkan Isteri membawa kepada 1 jam. Namun, bilangan pengunjung yang datang tidak menunjukkan sebarang tanda diorang bakal berkurang.

"Dah lama sangat ni. Jom kakak. Kita pergi kat Ummi" kata saya menarik kakak

Saya dukung kakak yang masih nak berlari. Sebelah tangan lagi saya gunakan untuk menolak stroller. Beg dia yang tergantung di handle stroller, membuatkan perjalanannya tidak lurus. Sungguh mencabar.

Sekali lagi, berasakkan dengan pengunjung lain, saya gagahkan diri, membelah masuk untuk berjumpa Isteri.

"Dah ke Sayang..?" Soal saya sebaik berjumpanya

"Yang ni je Abang..''

Tunjuk dia pada saya akan beberapa pasang baju yang berjaya dia pilih.

"Pampers new born belum beli lagi ni. Cane ye Abang..?" Sambungnya lagi

Saya yang dah mula boring, cepat-cepat ingin beredar dari situ.

"Kita cari kat lain je lah. Sini ramai orang sangatla. Kakak pulak taknak duduk diam. Penat dah Abang kejar.." Lapor saya meminta simpati

"Ok lah. Jap ye. Sayang nak bayar.."

Dalam masa menunggu tu, kakak nampak budak-budak dapat belon free pulak. Berhempas pulas la saya mencari kat mana nak dapatkan belon tu. Hmm.. Takpelah. Asal awak duk diam sudah.

Selesai Isteri membuat pembayaran, saya terus nak tolak stroller straight ke pintu keluar. Tapi Isteri mengajak saya tawaf dulu, melawat booth-booth dalam sebelum keluar.

"Dengan ribuan orang yang membanjiri, awak nak redah masuk dalam jugak..? Tak payahlah.."

"Tapi bang, alang-alang kita dah sampai, kita masuk je la kejap. Pastu, kita balik lah nanti.."

Saya diam.

Membisu.

Tak kata apa-apa.


Selang beberapa saat, sambil memegang kening, saya menghela nafas. Panjang..

"Hmmmmmmmhhhhhhhh.."

Dia faham dan tahu yang saya sudah takda mood.

"Abang selalu macam ni. Dah la. Jom la balik.."

Helaan saya membantutkan kemahuannya. Dia bertindak spontan. Menarik handle stroller lalu ditolak tanpa menghiraukan saya. Dia keluar. Saya pun keluar. Dia bengang. Saya lagi bengang.

Keadaan itu membuatkan saya panas. Rimas dan nak marah. Tapi semua tu saya tahan. Saya hanya membontotinya dari belakang. Saya biarkan dia menolak stroller sendirian.


Dengan keadaannya yang sarat mengandung, dia memimpin tangan kakak. Barang-barang baby, handbag gadjetnya dan beg anak diletakkan dalam stroller.

Kesian. Memang kesian.


Tapi kipas syaitan terlebih dahulu menyemarakkan api kemarahan saya daripada memberikan belas kasihan terhadapnya. Astargfirullah.. Menyesal sangat bila dikenang kembali. Huuu..


Dia berjalan menuju lif. Ditekannya button down dan kami ke AEON.

Setibanya di AEON, saya tinggalkan mereka di sana. Tanpa memberitahu ke mana saya ingin tuju, saya berlalu begitu sahaja. Ketika itulah, bisikan syaitan galak bersuara dalam hati saya. Katanya..


"Jika dia masih berkeras, kau tinggalkan aje dia. Biarkan dia balik naik teksi. Padan muka..!!"


Saya pergi. Tapi tidak jauh dari situ pun. Saya ke surau. Bertenang di bangku luarnya sambil kepala bersandar di dinding. Saya dongakkan kepala. Pejamkan mata. Dan mulut mula melafazkan kata-kata istighfar, memohon ampun dan bantuan dari-Nya.


"Astarghfirullah.. Astarghfirullah.. Astarghfirullah.."

Perlahan-lahan air mata saya mengalir dari alur tepi keduanya. Sedih. Sayu. Pilu. Hati saya begitu tersentuh.. Mengenangkan Isteri sukar memahami saya.

Pada masa tu, entah kenapa, tiba-tiba terlintas di fikiran saya kisah Mahatma Gandhi yang menghukum dirinya sendiri dek kerana anaknya tidak menepati janji. Dia merasakan dirinya adalah seorang ayah yang gagal apabila anaknya tidak menjadi manusia sejati.


Allah..!! Kisah itu terpalit pada diri saya. Sayalah yang bertanggungjawab menjadikan Isteri saya sebegitu. Mungkin cara saya mentarbiahnya belum sempurna. Semua itu tadi adalah salah saya bukan silap dia.

Sejenak selepas itu, saya berfikir untuk mencari mereka. Tetapi ego lelaki ini belum bersedia untuk tunduk mengakui kekhilafan sendiri. Hmm..


Setelah sedikit tenang, saya keluar. Berjalan menghampiri dinding kaca yang di bawahnya terdapat escalator. Tatkala memerhati gelagat seorang demi seorang yang lalu lalang, perhatian saya tertumpu pada sepasang suami isteri yang mempunyai dua orang anak.


Si suami mendukung kakak yang telah lena di bahunya. Manakala si ibu memegang adik yang bulat pipinya.

Saya teringat kakak.

Tak semena selepas itu, saya terdengar satu suara memanggil kuat panggilan saya.

"Di.."

Saya menoleh ke belakang. Tapi kelibat kakak tidak kelihatan. Ya Allah.. Perasaan rindu terhadapnya terus menyelubungi diri disertakan rasa bersalah terhadap Isteri.

"Apa yang telah aku buat ni.." Rintih saya separuh menangis

Saya seluk saku seluar. Mencari iPhone untuk menghubungi Isteri.

"Ciss.. Masa ni pulak kau nak habis bateri.. Macam mana ni.."

Saya buntu.

Nafas sekali lagi saya tarik dalam-dalam.

Bertenang.

Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menunggu mereka sekitar 5 minit lagi. Jika tiada, saya akan berlari berkejar menuju kereta.

Setiap mereka yang lalu di hadapan saya, saya scan. Saya fokuskan mata hanya kepada dua warna. Merah dan turqoise. Ya. Itulah warna baju yang dipakai kakak dan Isteri.

"Bukan. Bukan. Bukan. Tu pun bukan. Yang tu pun bukan. Hahhh.. Sana, bukan jugak.."


Melilau saya mencari keduanya. Namun semuanya hampa. Pabila saya ingin melangkah memulakan larian, seolah datang satu ilham, mengarahkan saya untuk menoleh ke belakang sekali lagi. Dan ketika itulah, saya ternampak susuk tubuh Isteri sedang termengah-mengah menolak stroller, bersama kakak yang sedang relaks di dalamnya. Allah.. Syukur sangat pada-Mu ya Allah..

Saya segera mendapatkan mereka. Perasaan ego tadi tu saya buang jauh-jauh, pergi bersama serpihan-serpihan masa yang berlalu.


Saya ambil stroller dari tangannya. Saya galas handbag yang tersandang di bahunya. Saya pegang barang-barang yang dibimbitnya. Lalu dia menyuakan straw air coffee latte ke mulut saya. Saya minum. Selepas itu, kami berjalan bersama-sama dengan tangannya memaut erat lengan saya, seolah tiada apa yang berlaku. Oh!! Bahagianya saya rasa..


Kami berjalan menuju ke bawah. Mencari kerusi untuk berehat dan ruang legar untuk kakak bermain. Di situ juga kami makan roti dan menghabiskan baki-baki air yang tersisa.


"Abang.. Jom balik.." Isteri saya bersuara.

Saya masih diam. Tetapi hanya menjawab melalui perbuatan. Saya dapatkan kakak dan letakkan dia kembali di stroller.


Saya tolak stroller menuju escalator. Isteri yang mengikut di belakang, menyangka saya akan ke mesin auto untuk membuat pembayaran. Tetapi ternyata, jangkaannya silap. Saya sebaliknya menolak stroller untuk naik ke atas kembali.


"Jom, kita cari pampers new born baby.."

Tengok. Perancangan Allah. Cantik Dia aturkan semuanya. Saya yang tadinya dah tak sabar-sabar nak balik, kini menjadi orang pertama nak beli pampers baby.

Saya redah masuk sekali lagi. Dan Alhamdulillah, kami dapat beli 2 beg pampers dengan dapat diskaun lagi. Keluar tu, saya nampak ada pertunjukkan Transfomers kat bawah. Saya bawa kakak ke sana. Dia happy. Saya happy. Dan Isteri pun happy.


Selesai semuanya, barulah kami pulang.

Dalam kereta, Isteri dan anak tertidur keletihan. Saya memandang sayu wajahnya. Dan dalam perlahan saya berkata..


"Maafkan Abang Sayang.. Maafkan Abang atas 'kekasaran' yang Abang lakukan tadi.."

Saya kucup tangannya.

Setelah traffic light bertukar hijau, laju saya membawa keduanya bersama bahagia menuju destinasi cinta.


** Pesanan buat suami : Belajarlah mengawal amarah terhadap isterimu. Lumrah isteri akalnya satu. Sekiranya amarah menguasai diri, bertenanglah. Carilah masa seketika untuk berfikir dan merungkai amarah itu.


Pesanan buat isteri : Belajarlah untuk memahami suami. Andai ada rasa tidak senang tersimpan di hati, bertuturlah dengan suara keibuan sejati.

Buat suami dan isteri : Andai berlakunya pertelingkahan, elakkan bermasam muka berjam-jam lamanya. Ambillah masa untuk menenangkan hati. Apabila sejuk kembali, sapalah pasangan dengan kemaafan dan anggaplah tiada apa yang berlaku sebelumnya.


kisah benar dari Karyawan Bisu



Artikel ini asalnya dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook Yien Nur dan dikongsi kembali sebanyak 20000 kali. Semoga kita ambil pengajaran bersama.



sumber asal


Saturday 12 September 2015

Anda Mesti Tahu!! Kronologi Sebenar Insiden Langgar Lari Di Kuala Selangor


Susulan kes seorang lelaki Cina dibelasah sekumpulan besar lelaki Melayu di hadapan restoran Cina di Assam Jawa, kerana dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal wanita sehingga maut, tampil seorang individu mendedahkan cerita sebenar.Menurut beliau, kejadian itu sebenarnya tiada kaitan dengan lelaki terbabit. Sebaliknya orang ramai telah tersalah anggap dan menjadikan perkara yang tidak benar tersebar di laman sosial sehingga memberikan tanggapan yang buruk terhadap lelaki berkenaan.

“Berita itu tidak betul. Cerita sebenarnya, penunggang motosikal itu terbabas sendiri lalu melanggar tembok longkang. Akibat dari kemalangan itu, tengkuk mangsa patah.

“Lelaki Cina itu dalam perjalanan ke restoran yang ingin dikunjungi, namun kebetulan melihat kejadian itu lalu memberhentikan keretanya.

“Dia menjenguk keadaan mangsa yang terjatuh di dalam longkang dan terus menghubungi talian kecemasan 999.

“Menurut siasatan pihak polis, mangsa dipercayai mengantuk kerana jarak perjalanan yang jauh dari Shah Alam ke Kuala Selangor setelah habis kerja dan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.

“Siasatan di tempat kejadian juga menunjukkan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan mangsa dilanggar. Sebaliknya motosikal mangsa terlanggar tembok longkang itu sendiri.

“Siasatan juga mendapati, lelaki itu tiada kaitan dengan kemalangan tersebut,” katanya.

Menjelaskan gambar-gambar kereta milik lelaki itu yang tersebar kononnya bukti pelanggaran, ini penjelasannya.

“Dalam kejadian awal di hadapan restoran berkenaan, apa yang berlaku ialah beberapa pelanggan Cina yang lain tidak berpuas hati mengapa sekumpulan lelaki Melayu datang mengamuk di restoran terbabit. Sedangkan lelaki Cina yang disyaki menjadi punca kemalangan itu sebenarnya langsung tiada kaitan dengan kemalangan tersebut.

“Disebabkan itu, berlaku pergaduhan di antara mereka. Kereta lelaki itu juga turut dirosakkan oleh sekumpulan lelaki Melayu berkenaan,” katanya.

– THM


Jom Kahwin : “Kahwin Untuk Kaya”- Kisah Pasangan Sweet Ini Dapat RM150,000 & Jadi Bos Besar!


#$Sejak akhir-akhir ni, kami lihat ramai pula usahawan dan juga jutawan produk mula membuka rahsia mereka untuk berjaya seperti sekarang.


Tapi, kisah Elliyn Rasif dan suaminya ini paling unik sebab mereka menggunakan konsep “kahwin untuk kaya”. Menarikkan? Jom baca kisah mereka!

sumber asal