$%$Saya takut apabila van itu tiba-tiba berhenti di depan saya sebelum lelaki bertubuh tegap turun menghampiri dan bertanya mahu ke mana sebelum saya berundur dan berlari sekuat hati,” kata pelajar perempuan tingkatan empat dikenali sebagai Nurul Amira, 16, yang mendakwa cuba diculik tiga lelaki berusia awal 30-an menaiki van putih di Kampung Paya Datuk di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.50 pagi, mangsa dari taman perumahan di sekitar Paya Datuk di sini, bersendirian menunggu bas berhampiran Balai Raya Kampung Paya Datuk memetik Harian Metro.
Pelajar perempuan sekolah menengah di Simpang Ampat di sini, berkata, dia melihat van berkenaan berhenti beberapa meter dari tempat dia menunggu bas sebelum pintu penumpang depan terbuka.
“Saya perasan van itu dipandu laju selepas lampu isyarat merah sebelum ke kiri dan berhenti tidak jauh dari saya, selepas itu seorang lelaki awal 30-an turun dari van putih dan menuju ke tempat saya menunggu bas.
“Ketika itu, saya perasan selain pemandu, seorang lagi lelaki berada di tempat duduk belakang membuka pintu kiri dan bertanya mahu ke mana,” katanya yang masih trauma terutama selepas membaca cerita diviralkan di Facebook dan WhatsApp.
SILA BACA:
ReplyDelete- Pompei: Kisah Tragis Kota Maksiat yang Diazab Tuhan
- Populasi Jomblo Melonjak, Cewek Seksi Ini Bersedia Menjadi Pacar Sewaan
- Tren di Singapura, Foto Tanpa Busana di Tempat Umum
- FOTO: Aksi Protes Model Seksi China Bergaya Pengemis
- 'Foto Selena Gomez Cium Justin Bieber
- Ini Alasan Wajah Nabi Muhammad Tidak Boleh Dilukis dan Dipublikasikan
- 6 Bukti Bahwa Al-Qur’an Bukan Buatan Manusia
- Ini Dia 5 Wanita Muslim Terkaya di Dunia
- Anda Mungkin Tidak Percaya Wanita Seksi Ini Sudah Berusia 58 Tahun
- Gempar, Ahli Rukyah Ini Ajak Jin Masuk Islam Lewat Twitter!