https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Sunday 13 September 2015

Filled Under:

SEBARKAN!! Farhah Taharin,Si Gadis Cantik Penipu Laman Bilik Sewa i-Bilik Kini Dicari... (10 Gambar Bukti)

$%ZAMAN serba canggih kini membuatkan masyarakat beralih kepada membeli barangan mahu pun mencari rumah dan bilik sewa menerusi online.

Malangnya, ada manusia mengambil kesempatan daripada kemudahan teknologi online ini bagi menipu orang ramai.

Salah seorangnya wanita dipercayai bernama Farhah Taharin, yang dikatakan giat menggunakan portal mencari bilik sewa iaitu ibilik.my untuk menipu orang ramai.

Modus operandi wanita ini ialah mengiklankan bilik yang lengkap dengan perabot, selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan pada harga yang agak murah untuk memancing penyewa.

Menurut maklumat mangsa, dia kemudiannya akan memberikan pelbagai alasan supaya mangsa memasukkan wang deposit ke dalam akaun bank miliknya.

Kemudian, dia akan menghilangkan diri dan menyekat panggilan dari mangsa.

Farhah dipercayai melakukan kerja menipu bersama pasangan yang dikatakan suaminya.

Status sebenar tidak diketahui tetapi kini tersebar alamatnya di Felda Sg koyan 3, Raub, Pahang.

Farhah turut mengiklankan bilik-bilik sewa di negeri lain selain kononnya ingin menyewakan bilik di pelbagai lokasi seperti Apartment Mawar dan Melur di Sentul, Vista Angkasa di Pantai Dalam, Alpha Villa berdekatan LRT Wangsa Maju, Pulau Pinang dan banyak lagi.

1
7
6
Menurut maklumat dari seorang mangsa, Farhah seorang yang bertutur dengan yakin dan tenang menyebabkan pengguna mudah mempercayainya.

Selain itu, pasangan Farhah dikatakan akan cuba menjual serta mempromosi alatan seks kepada mangsa.

Salah seorang mangsa berkata, pasangan Farhah pernah cuba meminta gambar payudaranya untuk tujuan yang tidak diketahui menggunakan akaun Whatsapp milik Farhah. Lelaki ini dipercayai menggunakan pelbagai nama, antaranya Mr. Joe dan Amin.

Terdapat sekurang-kurangnya 15 orang telah mengaku ditipu oleh Farhah dan telah membuat laporan polis. Mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Farhah boleh menghubungi Inspektor Yugesh di talian 016-6699788.

Di bawah adalah gambar serta lain-lain aduan mengenai kegiatan menipu daripada individu terbabit. – Mynewshub.cc
3

10

Sumber: Amazingnara




0 comments:

Post a Comment