https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Thursday 10 September 2015

Filled Under:

Macam Nie Pun Ada?Inilah Punca Penceraian Paling Tidak Masuk Akal

sekadar gambar hiasan

$%Seorang lelaki menceraikan isterinya serta-merta selepas melihatnya menari di depan televisyen di rumah mereka. Lelaki itu dikatakan memberitahu isterinya, tindakan dia menari itu satu kecurangan yang tidak boleh dimaafkan. Suaminya sebelum ini memberi amaran supaya tidak menonton saluran hiburan, termasuk muzik di televisyen. Wanita berkenaan memberitahu akhbar ‘Sada’, dia diingatkan berulang kali supaya menonton rancangan agama dan sosial yang suka ditonton suaminya.

“Sebaik suaminya keluar rumah, dia membuka saluran kegemarannya dan mula menari. Ketika asyik menari, suaminya pulang. Dia tidak mendengar suaminya masuk ke rumah kerana muzik itu sungguh kuat. “Wanita itu berkata, apabila suaminya melihat dia menari, lelaki itu serta-merta menceraikannya walaupun dia merayu meminta maaf. “Si suami memberitahu isterinya, apa yang dilakukannya ialah kecurangan yang tidak boleh dimaafkan kerana dia tidak taat kepada arahannya,” lapor akhbar itu tanpa menyebut tempat kejadian. – Agensi




0 comments:

Post a Comment