https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Wednesday 9 September 2015

Filled Under:

TUE MAKAN DIA!! Jurukamera Dari Hungary Ini Terima Hukuman Yang Pasti Tidak Akan Dilupakan Sepanjang Hayatnya Selepas Bertindak Biadap Terhadap Pelarian Warga Syria...


$%Tindakan seorang jurukamera perempuan yang berasal Hungary ini mendapat kecaman  netizen seluruh dunia. Wanita yang bernama Petra Lazlo itu dilihat menendang seorang bapa dan anaknyayang sedang lari dari kawalan polis di sempadan Hungary-Serbia.

Dalam rakaman video  di Youtube, seorang bapa yang merupakan pelarian dari Syria ini  sedang berlari sambil menggendong anaknya. Tiba-tiba  Lazlo yang ketika itu sibuk merakam insiden kekecohan di antara pelarian syria dan polis tempatan, mengambil kesempatan dengan menendang lelaki itu yang sedang membawa anaknya.

Wartawan Jerman, Stephan Richter, amat terkejut melihat kelakuan jurukamera  itu, sehingga beliau memuatnaik gambar-gambar tersebut ke laman sosial  Twitter. Para netizen, termasuk di Hungary, mengecam kelakuannya yang disifatkan terlalu ‘menyedihkan dan ‘memalukan’.


Akhbar-akhbar tempatan melaporkan, Lazlo bekerja di sebuah stesyen televisyen tempatan N1TV. Pihak stesen televisyen berkenaan dalam satu kenyataan semalam memaklumkan Lazlo telah dipecat ekoran tindakan yang dilakukan jurukamera itu sememangnya tidak boleh diterima.

Dalam kejadian pada Selasa, pelarian dari Syria secara ini beramai-ramai bertindak melintasi sempadan Hungary-Serbia untuk mencari penempatan baru selepas berdepan dengan konflik dan ketegangan. Hungary adalah negara yang paling lantang menyekat kemaraan pelarian dari Syria ini. Ribuan pelarian ini cuma ingin melintas ke negara Jerman tetapi Hungary bertindak agresif dengan mengawal ketat sempadannya bagi menghalang kemasukan pelarian dari Syria ini.


sumber asal




1 comments: