https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Tuesday 7 July 2015

Filled Under:

KANTOI : PENDEDAHAN MELAMPAU PASARAYA 99 SPEEDMART YANG MENIPU PELANGGAN DENGAN CARA LICIK


Kiriman dari warga Facebook yang mendedahkan kelicikkan pasar raya 99 Speedmart Alam Avenue menipu pelanggannya. Moga para pembaca mengamalkan sikap memeriksa resit pembayaran sebelum keluar dari mana-mana pasar raya agar tidak ditipu oleh peniaga yang tamak haloba. 

Sekadar perkongsian bersama, 

Berhati-hati ketika shopping di pasar raya. Semak betul-betul sebelum meninggalkan kaunter, terutamanya bab harga. 

Kadang-kadang kita pergi shopping, kita kira dulu budget kita sebab khuatir tak cukup duit nanti kan. Jadi, kita pun ambil barang tu, confirm mata tengok harga dulu kan. Oleh kerana tak nak over budget, macam itulah saya. 
 
 
sumber


Dalam dompet saya memang ada RM20 sekeping je masa beli Milo dan Horlick. Sebab tengok harga, masih di bawah RM20, jadi dengan yakinnya saya pergi ke kaunter dan beratur. Sampai giliran saya, jumlah kesemuanya RM21.75.  
Saya tercengang sekejap. Padahal dah sediakan RM20 nak hulur. Saya pun tercari-cari dalam dompet. Alhamdulillah ada terselit RM50 dalam beg. Syukur, kalau tak malu dibuatnya. 
Ingatkan mata saya yang salah tengok dan kira harga. Tanpa melihat resit, saya terus naik motosikal dan balik ke rumah. Tergerak pula hati nak check balik resit tadi. 
"Patutlahh...!" 
Itu je yang termampu nak cakap sebab nak pergi balik, rasa macam nanti dia (Cashier Speedmart) kata saya ni berkira sangat sebab beza beberapa sen je. Tetapi rasa hati nak tanya juga, terus datang ke kaunter itu dan tanya. 
Lepas itu, dia (cashier) kata "Maaf kak, salah tag. Yang scan tu harga sebenar," jelasnya dengan senyuman sinis. 
Aku pun cuma mampu kata 'Okay'. Dalam hati, "Hurmm dah berkali datang kedai, asyik salah tag je ke?". 
Nasib baik saya beli dua barang je. Kalau la semua harga barang asyik salah tag je, mau tak banyak rugi duit kita dan lari budget kita. Kecuali bag imereka yang kaya dengan duit dan yang tak ambil kisah dan hairan bab harga. Sekian. 





16 comments:

  1. sy penah keje speedmart, minta maaf kalau benda mcm ni jadi. sebenarnya setiap hari harga barangan speedmart akan berubah mengikut market/tetapan hq. jadi setiap pagi dan setiap hari akan ada perubahan harga dalam sistem. dan setiap hari harga barangan akan berubah. tak akan tetap. kalau masalah macam ni jadi, ni bukan disebabkan 99 speedmart yg menipu pelanggan, tapi pekerja yg terlepas pandang untuk tukar harga.
    bukan nak menyokong atau salahkan sesiapa, tapi kalau nak dibandingkan barangan yg dibeli tu, masih lagi murah berbanding dengan harga runcit luar.
    minta maaf kalau tersalah cakap.
    - bekas pekerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah macam tu, sepatutnya xyah la letakkan tamda harga pada setiap barang tu.. pamerkan je harga pada rak barang tersebut.. senang, tiap kali harga berubah perlu tukar tanda harga kat rak tu je.. kalau jadi mcm ni, "salah tag" jadi alasan.. walaupun lagi murah dari tempat lain, menipu tu tetap menipu..

      Delete
    2. Mana boleh menggunakan sistem macam ni. Harinih harga lain, esok harga lain. Padahal kalau amik stok barangan dari pengedar dalam kuantiti yang banyak dan pada harga yang sama. Macam mana sistem perubahan harga boleh berubah ikut hari pulak? Dan kalau macam tuh, leh lah letak harga RM5.00 tapi bila dibayar cecah RM50.00. Alasan ialah perubahan harga semasa. Even harga minyak pun leh maintain utk satu harga yang sama untuk sebulan? Tapi harga barangan runcit berubah harian??? Amik dari pengedar sebungkus sehari ke?

      Delete
  2. sy penah keje speedmart, minta maaf kalau benda mcm ni jadi. sebenarnya setiap hari harga barangan speedmart akan berubah mengikut market/tetapan hq. jadi setiap pagi dan setiap hari akan ada perubahan harga dalam sistem. dan setiap hari harga barangan akan berubah. tak akan tetap. kalau masalah macam ni jadi, ni bukan disebabkan 99 speedmart yg menipu pelanggan, tapi pekerja yg terlepas pandang untuk tukar harga.
    bukan nak menyokong atau salahkan sesiapa, tapi kalau nak dibandingkan barangan yg dibeli tu, masih lagi murah berbanding dengan harga runcit luar.
    minta maaf kalau tersalah cakap.
    - bekas pekerja

    ReplyDelete
  3. saya pernah kerja lama kat pasaraya. apabila harga berlainan antara tag harga dan yg di print kat cashier. . pelanggan berhak pada harga yang di labelkanpada tag harga barangan.kalau dia bagitau silap harga itu dia punya masaalah. kpengguna berhak pada harga tag .jika bawak kepada pengurusan pun pengguna akan menang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ..betol..sya pernah kena kat Mydin dan Giant..Aeon Big..dia ikot harga kat rak atau barang.. dlm register di ketepikan.

      Delete
    2. Setuju. Sebab kita beli based on harga di rak. Pernah kena di Watson Ahad lepas dan di AEON Big bulan lepas. Bila ada perbezaan, harga yg tertera di rak atau tanda harga diutamaka. Bukan dalam sistem.

      Delete
    3. btol la tu.. walaupun beza 60sen aku tuntut hak aku kat speedmart area taman samudera. Boleh plak dia dia kata kat sistem harga dah lain. X sempat nak update harga kat barang. Aku p cex sume barang tu harga lama je. Kalau 1 or 2 tercicir boleh la terima.

      Delete
    4. Ye betul, jika tiada tindakan pengguna harus mengajukan aduan kepada persatuan pengguna. Kenapa peniaga harus letakkan harga pada barangan? Kerana bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan seperti kes di atas. Sekiranya staff speedmart tidak buat kerja, staff tersebut perlu diberi amaran kerana kerja sambil lewa. Setiap pekerja mestilah diberikan latihan terlebih dahulu bukan? Pandapat diatas ada benarnya yang mana pelanggan harus mendapat harga pada tag kerana pekerja2 yang bersalah dalam hal ini. Perkara seperti ini selalu juga berlaku di giant. Saya ambil gambar tarikh dan harga pd tag dan jika saya kena bayar lebih, saya boleh claim duit sy semula di customer service.

      Delete
  4. bukan salah tag salah stor boy sbb x tukr harga barang aku dlu kje speedmrt jgak bhagian storboy ...

    ReplyDelete
  5. 99speedmart ni staff semua bdk2 baru nak up, buat kedai tu cam kelas tingkatan 5 hijau, memekak macam time cikgu takde. bodoh bertingkat2.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Br aje terkene td kt speedmart snwg..salah harga jgk..tp staff n manager langsung xminta maaf pn dgn cust..eemmm #adap kt mana?

    ReplyDelete
  8. Sy pun ex-staff (cashier) kat 99. Branch sy 4 org je (3org da skunk). Mmg hari2 tukar harga. Tp klu staff pun sikit camni, pastu jenis xde disiplin mmg yg kesian yg rajin wat keje la. Mmg xdan na tukar harga klu sorg je ade time tu. Tp biasa sy honest ckp ngn cust, "klu na sy blh bg harga yg kat price tag". Sbb mmg slh sy x tukar harga. Most of time, mmg sengaja xde price tag langsung.

    ReplyDelete