https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Sunday 6 September 2015

Filled Under:

AL-FATIHAH : AKHIRNYA SITI SARAH PERGI SELEPAS DUA BULAN MENDERITA


$%“Walaupun sudah berikhtiar macam-macam, saya reda kerana Allah lebih sayangkan Cicik,” kata Rosli Abdullah, bapa kepada Sarah Aini,8, atau Cicik yang menderita kanser otak sejak dua bulan lalu.

Katanya, anak ketiga daripada lima beradik itu menghembuskan nafas terakhir di sisinya ketika menerima rawatan di hospital selepas tiba di rumah rakannya di sini untuk berubat secara tradisional.

“Saya bawa dia keluar dari hospital Jumaat lalu untuk dapatkan rawatan alternatif. Semalam (kelmarin) kami ke Ipoh untuk berjumpa seorang ustaz dan berubat. Tiba-tiba tengah malam dia sesak nafas dan saya bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Waktu itu saya reda apa juga takdir berlaku kepada Cicik dan Allah lebih sayangkan dia. Lebih kurang jam 2 petang lebih, dia pergi buat selama-lamanya,” kata pemandu teksi itu.

Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan penderitaan Cicik yang menghidap Brain Stem Glioma sejak pertengahan Februari lalu sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 7 April lalu untuk rawatan lanjut.

Dia menerima kunjungan EXCO Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous yang merujuk kes berkenaan kepada Tabung Kronik Negara dalam masa terdekat untuk membiayai kos perubatan.

Cicik dikesan menghidap masalah berkenaan selepas demam panas selama beberapa hari dan tidak menunjukkan tanda kebah dan kemudiannya doktor mengesahkan ada ketumbuhan pada otaknya.

Jenazah murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak Sungai Buloh, pagi ini.

Sementara itu, Sheikh Nafiq berkata, pihaknya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan terkilan kerana hasrat untuk membantu kanak-kanak itu tidak kesampaian.




0 comments:

Post a Comment