https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Saturday 12 September 2015

Filled Under:

Lelaki Cina - "Bukan Saya Langgar Dia,Saya Tolong Call 999 Saja"


Susulan kes seorang lelaki Cina dibelasah sekumpulan besar lelaki Melayu di hadapan restoran Cina di Assam Jawa, kerana dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal wanita sehingga maut, tampil seorang individu mendedahkan cerita sebenar.

Menurut beliau, kejadian itu sebenarnya tiada kaitan dengan lelaki terbabit. Sebaliknya orang ramai telah tersalah anggap dan menjadikan perkara yang tidak benar tersebar di laman sosial sehingga memberikan tanggapan yang buruk terhadap lelaki berkenaan.

"Berita itu tidak betul. Cerita sebenarnya, penunggang motosikal itu terbabas sendiri lalu melanggar tembok longkang. Akibat dari kemalangan itu, tengkuk mangsa patah.

"Lelaki Cina itu dalam perjalanan ke restoran yang ingin dikunjungi, namun kebetulan melihat kejadian itu lalu memberhentikan keretanya.

"Dia menjenguk keadaan mangsa yang terjatuh di dalam longkang dan  terus menghubungi talian kecemasan 999.

"Menurut siasatan pihak polis, mangsa dipercayai mengantuk kerana jarak perjalanan yang jauh dari Shah Alam ke Kuala Selangor setelah habis kerja dan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.

"Siasatan di tempat kejadian juga menunjukkan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan mangsa dilanggar. Sebaliknya motosikal mangsa terlanggar tembok longkang itu sendiri.

"Siasatan juga mendapati, lelaki itu tiada kaitan dengan kemalangan tersebut," katanya.

Menjelaskan gambar-gambar kereta milik lelaki itu yang tersebar kononnya bukti pelanggaran, ini penjelasannya.

"Dalam kejadian awal di hadapan restoran berkenaan, apa yang berlaku ialah beberapa pelanggan Cina yang lain tidak berpuas hati mengapa sekumpulan lelaki Melayu datang mengamuk di restoran terbabit. Sedangkan lelaki Cina yang disyaki menjadi punca kemalangan itu sebenarnya langsung tiada kaitan dengan kemalangan tersebut.

"Disebabkan itu, berlaku pergaduhan di antara mereka. Kereta lelaki itu juga turut dirosakkan oleh sekumpulan lelaki Melayu berkenaan," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM




10 comments:

  1. Depa saja nk pukul org Cina tu...skrg kan org2 Melayu x puas hati dgan Cina...depa ambil kesempatan le..pukul org Cina tu konon nya dia langgar

    ReplyDelete
  2. Bukan kena langgar bodoh.arwah tu langgar tembok sebab nk elak kereta cine ni melintas mcm anjing tak tengok kiri kanan.barua lu ckp xde kena mngena.lu langsi sohai.lu barua bwk kereta mcm sial.lu fikir kereta lu besar.

    ReplyDelete
  3. Dia elak kete cina tu lalu terbabas dn langgar tembok..mangsa dh mati blh la nk mengelak...klau mangsa hidup mmg x lepas la cina tu.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Lain kali kalau nampak budak moto accident mampos ke memang tak boleh tolong. Biar je terkangkang kat dlm longkang. Dah lah tak ckp T kasih pukul orang pulak. Real morons.

    ReplyDelete
  6. Lain kali kalau nampak budak moto accident mampos ke memang tak boleh tolong. Biar je terkangkang kat dlm longkang. Dah lah tak ckp T kasih pukul orang pulak. Real morons.

    ReplyDelete
  7. Saya rasa klu yang langgar tu Melayu pun tetap kne pukul gak...bukan masalah cina Melayu atau India ... tapi lari dari tanggungjawab...mungkin mangsa langar dapat diselamatkan kalau yang melanggar lebih bertanggungjawap dan membantu... tapi klu bukan dia yang langgar ... makna kesilapan besar telah berlaku... polis kena bertau fakta yang sebenar atau mna2 saksi yang nampatk kena tampil menceritakan cerita yang sebenar...bukan isu cina atau melayu atau India....

    ReplyDelete