https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Tuesday 7 July 2015

Filled Under:

Tun M Cabar Najib dedah nama pemilik akaun


Tindakan kerajaan tidak mendedahkan identiti enam pemilik akaun yang dikaitkan dengan penyelewengan dana AS$700 juta atau RM2.6 bilion dipersoal.

Dalam laporannya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, BBC mencabar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mendedahkan identiti enam pemilik akaun yang didakwa terbabit.

Ketika ditemu ramah wartawan stesyen tv berkenaan, Jennifer Pak, bekas Perdana Menteri turut mencabar Najib membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa harta yang dimilikinya adalah sah.
Katanya, ramai yang mengetahui gaya hidup mewah Najib walaupun maklumat mengenainya telah ditapis media tempatan.

Ketika ditanya mengenai penjelasan anak didiknya mengenai penyelewengan dana 1MDB, Dr Mahathir menegaskan ia hanya penafian tanpa sebarang bukti.

“Kamu menafikan, tunjukkan akaun, keputusannya menubuhkan syarikat dan meminjamkan wang dengan jumlah yang besar dengan 42 billion Ringgit dan syarikat tidak ditadbir dengan baik. Pinjam dengan kadar faedah yang tinggi, bagi komisen 10 peratus dan membeli stesen janakuasa dengan harga yang lebih mahal berbanding harga pasaran,” antara hujah yang diketengahkan beliau dalam temu ramah itu.

Sebelum ini, dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya, Perdana Menteri menyifatkan pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atasnya, sebagai tidak berasas dan amat teruk.




0 comments:

Post a Comment