https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Tuesday 7 July 2015

Filled Under:

Abdul Ghapur - Tiada pihak boleh minta Najib letak jawatan


Tidak ada pihak yang sewenang-wenangnya boleh meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk meletak jawatan berikutan tuduhan dan dakwaan terhadapnya baru-baru ini, kata Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh. Katanya, permintaan itu tidak perlu dilayan, kerana Najib telah dipilih atas sokongan rakyat dan juga kepimpinan parti. "Tuduhan kononnya kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri, adalah sesuatu yang tidak masuk akal. "Itu dakyah tipu helah daripada individu tertentu dan pembangkang. Rakyat jangan percaya dengan tuduhan liar dan tidak berasas yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sejadah, Al-Quran, Yassin, dan Penghawa Dingin sumbangan UMNO Kalabakan kepada masjid-masjid di kawasan Parlimen Kalabakan di sini hari ini. - BERNAMA




0 comments:

Post a Comment