Sunday, 13 September 2015
Filled Under:
Presiden Mahasiswa UKM Cedera Parah Ditoreh 5 Kali...
Posted By:
Unknown
on 21:52
@Seorang mahasiswa mengalami cedera parah akibat diserang dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi.
Dalam kejadian sebelum subuh itu, mangsa, Presiden Gerakan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Syahir Rahimi cedera parah akibat diserang dengan senjata tajam.
Mangsa mengalami kecederaan di empat bahagian badannya dan satu di bahagian kepala akibat ditoreh, selain disimbah dengan sejenis cat.
Doktor yang merawat mangsa di Hospital Serdang berkata, cat yang disimbah pada mangsa berkemungkinan beracun dan boleh membahayakan nyawa.
Menurut seorang pengguna Facebook. Lee Chean Chung, kejadian itu besar kemungkinan berkaitan dengan pilihan raya kampus.
"Kes ini berkemungkinan besar berkaitan dengan pilihan raya kampus. Saya mengecam tindakan kejam ini dan mendesak polis menjalankan siasatan segera," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment