Wednesday, 8 July 2015
Filled Under:
AMT UMNO : Tuduhan Ke Atas Najib Sama Seperti Serang Umat Islam
Posted By:
Unknown
on 20:37
#“Tuduhan Ke Atas Najib Sama Seperti Serang Umat Islam”, itulah yang dikatakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Taktik itu digunakan memandangkan UMNO mempunyai 89 kerusi Parlimen berbanding Pas yang hanya 21 kerusi.
“Jadi untuk kucar-kacirkan negara, mereka mesti lumpuhkan UMNO dengan menyerang pemimpin UMNO yang mana sebelum ini mereka membuat serangan di peringkat dalam negara tetapi tidak berjaya,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Beliau yang juga berkata, serangan bertubi-tubi terhadap Najib adalah perancangan rapi dan agenda besar pihak tertentu bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin Islam seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.
“Kita kena ingat dalam jangka masa panjang bagaimana Arab Spring menyebabkan negara-negara terbabit lumpuh dan tidak stabil hingga ke hari ini,” katanya.
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang tidak berpuas hati dengan tuduhan rasuah Perdana Menteri Malaysia dari media barat, Wall Street Journal sebelum ini.
Sumber Asal: freemalaysiatoday.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment